Hadiah Daripada Hati


Category Archive

The following is a list of all entries from the Gossip category.

Google lists Malaysians’ most popular search terms for 2007.

Hit list

By WONG LI ZA
wongliza@thestar.com.my 

MALAYSIANS were more interested in Datuk Siti Nurhaliza than Paris Hilton last year, according to Google’s Malaysia Year-end Zeitgeist 2007. 

Malaysia’s darling: Siti Nurhaliza was more popular than Paris Hilton (bottom, right) in searches for famous personalities last year.

Hot off the stove, the Google Zeitgeist highlights the most popular and fastest-rising search terms that Malaysians typed into Google.com.my last year.  

Released on Monday, it found that Siti Nurhaliza was more popular than Hilton in searches for famous personalities and that Genting Highlands and Langkawi topped the list for destination searches. 

The Zeitgeist also showed strong growth in searches for social networks and video sites. 

Originally a German expression that means “the spirit of the age or times”, Zeitgeist describes the intellectual and cultural climate of an era. 

The survey is thus named because, according to Google, people use the search engine to look for new and interesting subjects. When that is viewed in volume, it tends to be a good reflection of what’s on everyone’s mind. 

The Google Zeitgeist, which revealed that up to 25% of search queries received on any given day were new, is calculated by looking at the aggregate of the most popular and fastest-rising search queries typed into the google.com.my search box.  

Results showed that the top 10 searches in 2007 were friendster, youtube, berita harian, myspace, harian metro, utusan malaysia, wikipedia, airasia, maybank2u and jobstreet. 

On the other hand, the fastest-rising searches were youtube, facebook, firefly, esnips, mobik, veoh, transformers, friendster layout, heroes and tudou (largest video-sharing site in Mandarin). 

Besides Siti Nurhaliza and Paris Hilton, Malaysians were also interested in celebrities like Britney Spears, Akon, Avril Lavigne and Megan Fox. 

Other people that were most searched online were Paul Tan (a blogger who writes about cars and the automotive industry), Nurin Jazlin, Jeff Ooi and Altantuya. 

Top destinations googled last year were Genting, Langkawi, Singapore, Penang, Bali, Cameron Highlands, Malacca, Port Dickson, Bukit Tinggi and Kuala Lumpur. (Looks like Malaysians really opted to “Cuti-cuti Malaysia”.) 

In terms of online entertainment activity, topping the list were friendster (social networking), youtube (video site), myspace (social networking), games (free online games), naruto (Japanese anime), metacafe (video site), facebook (social networking), imeem (music, photo, video site), photobucket (photo and video site) and lowyat (Malaysian tech enthusiasts’ resource community). 

Football fans mostly sought out soccernet, epl, manchester united, arsenal, liverpool, chelsea, uefa, fantasy premier league, fantasy football and fam. 

Top searches for movies, TV programmes or radio were gsc, tgv, transformers, heroes, radioblog, era, prison break, cineleisure, hitfm and high school musical. 

For games, the hottest topics included miniclip, barbie, maplesea (cartoon games), pokemon, sudoku, gamespot 305 (source of games from playstation, xbox, wii, etc), runescape, utopia, ghost online and animax. 

MP3 135, iphone and Nokia 6300 topped the list in terms of tech gadgets googled. 

Finally, the Google Zeitgeist also showed that the majority of searches done in Malay were jawatan kosong, resepi, akademi fantasia, mat rempit, cuti-cuti malaysia, kamus, lagu, lirik, portal pendidikan and cerita.

source: the star online


Mahligai RM10 juta buat Siti?

Rap
KETIADAAN Datin Seri Siti Nurhaliza bersama barisan penyanyi lain ketika saat penting menantikan keputusan separuh akhir Muzik Muzik 22 kategori Balada Ahad lalu, sudah tentu timbul tanda tanya. Apa sudah jadi dengan Siti kerana sebelum itu tampil hebat mempertaruhkan lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito.

Apabila Bisakah tidak disenaraikan antara lima lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22), ramai terkilan kerana Siti sebelum itu disebut-sebut bakal memeriahkan kembali AJL22 selepas dua tahun tidak bertanding.

Ada bertanya apakah Siti sudah tahu keputusan lebih awal hingga mengambil tindakan pulang awal? Bunyinya sungguh berburuk sangka tetapi hakikat sebenar, ketiadaan Siti kerana dia ada show hingga terpaksa bergegas pulang sebaik selesai menyampaikan lagu itu.

Nyata alasan yang diberikan masih menimbulkan prasangka. Ada teman meluahkan rasa kasihan kerana Siti terpaksa berkejar menerima undangan menyanyi sedangkan dia kini berstatus isteri ahli perniagaan yang disifatkan kaya-raya.

Kata teman itu, ingatkan selepas kahwin keutamaan Siti pada keluarga dan bukan lagi kerja. Banyak juga cerita mengenai Siti selepas kahwin diperkatakan orang. Kata mereka, kalau dulu Siti menyanyi menyara keluarga kini tetap sama.

Itu kata orang, tapi apa yang saya lihat, Siti begitu bahagia dan bertuah kerana dilimpahi kasih sayang dan kemewahan bersama suami tersayang. Mereka tinggal di penthouse mewah di tengah ibu kota (KLCC) dan kini Siti banyak masa bercuti ke luar negara. Awal bulan depan, pasangan bahagia ini berlepas ke Tanah Suci dengan pakej VIP.

Cerita terbaru yang bertiup kencang kini, pastinya membuatkan ramai wanita bergelar isteri yang iri hati kerana Siti dikatakan menerima hadiah istimewa daripada suami sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka Ogos lalu. Siti dihadiahkan mahligai mewah bernilai RM10 juta.

Limpahan kemewahan dan kasih sayang sememangnya menjadi impian semua orang tapi bukan semuanya bertuah seperti Siti. Ada yang dilimpahi kemewahan tapi hidup sunyi begitu juga sebaliknya.

Populariti Siti juga tidak terjejas selepas kahwin. Siti terus jadi pilihan menyanyikan lagu tema filem atau drama bersiri. Cerita Siti dalam akhbar dan majalah juga tidak pernah sepi, begitu juga undangan menjayakan program televisyen dan juga pementasan teater.

Perancangan album baru juga disusun selepas Transkripsi awal tahun lalu. Kali ini sasarannya untuk pasaran Disember tahun ini juga. Ikut perancangan asal, Siti mahu menghasilkan album tradisional tetapi kerana kesukaran mendapatkan lagu, konsep pop sekali lagi jadi pilihan.

Selepas pulang dari Makkah nanti, Siti terus jadi tumpuan apabila sibuk dengan promosi album kemudian muncul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) dan album barunya dicalonkan di Anugerah Industri Muzik (AIM). Kalau tidak cerita kerjaya, cerita melawat orang sakit atau kanak-kanak bertuah, tetap jadi tumpuan.

Apabila bertemu Siti dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan Selasa lalu, semua itu ditanyakan kepada Siti.

Kali ini Siti juga bergegas pulang sebaik selesai mempersembahkan lagu Mulanya Cinta. Kakak ipar Siti, Rozie Abdul Razak memberi sedikit masa kepada wartawan menemubual Siti.

Kata Siti, sebenarnya pada malam Muzik Muzik 22 itu dia ada dua undangan yang tidak dapat dielakkan. Satu majlis kahwin dan satu lagi undangan dari pihak istana.

Sekali lagi Siti mempertaruhkan lagu Destinasi Cinta untuk kategori pop rock. Keputusannya diumumkan malam tadi. Kata Siti untuk pop rock dia juga sibuk hingga ada latihan yang tidak dapat disertai. Tidak tahulah apakah Siti menanti keputusan diumumkan.

Bagi saya, komitmen Siti pada nyanyian kini berbeza tetapi persamaannya tetap sibuk memenuhi undangan menyanyi. Kalau dulu bekerja memenuhi undangan menyanyi hingga tiada masa untuk hal lain tetapi kini lebih kepada undangan hal lain.

Siti pernah mengakui jadual waktunya tetap sibuk memenuhi macam-macam undangan hinggakan pada hujung minggu sampai enam majlis sehari.

Dulu semua itu tidak dapat dipenuhi kerana sibuk bekerja.

Selain Siti, seorang lagi artis bergelar isteri yang terus jadi tumpuan ialah Erra Fazira. Peminatnya akan dapat menyaksikan lakonannya dalam beberapa filem yang dijayakan sebelum berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin kira-kira sebulan lalu.

Apabila Erra tidak hadir di majlis pelancaran filem terbarunya, Cuci pada 16 November lalu, ada mengatakan Erra belum bersedia bersemuka dengan Hans Isaac selepas kontroversi mereka sebelum ini.

Sebelum ini apabila Erra tidak hadir di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) pada 4 Ogos lalu isu sama dibangkitkan tapi alasan Erra dia ada undangan menyanyi. Begitu juga alasan Erra apabila tidak hadir di majlis Cuci kerana ada komitmen lain di Johor dan ia sudah dinyatakan lebih awal.

sumber: harian metro online


Hadiah Daripada Hati’s Cover?


Soseh-soseh: Man Kidal dapat cucu

 
 

Tup! tup! SS menerima panggilan dari seorang rakan yang mengatakan Siti Nurhaliza sudah selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.4 kilogram di Hospital Gleneagles, Ampang.

Apa lagi, terkejut beruklah SS sebaik mendengar khabar berita itu. Apa tidaknya mengandung tidak, perut pun tak nampak tiba-tiba saja Siti dikatakan sudah beranak.

Kalau iye pun dia ambil anak angkat takkanlah sampai orang tergamak reka cerita mengatakan dia sudah bersalin.

Ha…jangan terkejut Siti Nurhaliza yang dimaksudkan SS bukanlah Datuk Siti Nurhaliza yang kahwin dengan Datuk K tu tetapi Siti Nurhaliza menantu kepada gitaris tersohor, Man Kidal.

Alah!, gadis Jepun yang berkahwin dengan anak sulung Man Kidal, Elly yang kacak dan pernah menganggotai kumpulan Sunday.

Dengan kehadiran orang baru, nampaknya bertambah bermakna dan meriahlah sambutan Aidilfitri bagi keluarga Man Kidal kali ini. Kalau dulu seorang cucu (anak kepada anak keduanya, Farah) sekarang ini balik kampung dengan dua cucu.

Kesempatan ini, SS ingin mengucapkan tahniah kepada Man Kidal sekeluarga dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

sumber : harian metro


Siti kini kurang eksklusif?

Siti kini kurang eksklusif?

 

Oleh Hartati Hassan Basri

 
 

SEJAK bergelar isteri, kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dilihat ada di mana-mana sebagaimana lagu dari album Transkripsi, Siti Situ Sana Sini sampaikan dalam satu majlis pelancaran sebuah restoran nasi ayam, baru-baru ini, gambarnya memotong ayam menjadi tumpuan.

Siti dikatakan menjaja kehidupan peribadi untuk meraih publisiti.

Bermula sidang media mengumumkan berita pertunangannya, menjual hak eksklusif majlis perkahwinannya kepada stesen televisyen untuk menyiarkan majlisnya secara langsung.

Malah, ada program khas paparkan percintaan dan perkenalannya dengan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Begitu juga majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Januari lalu diikuti ulang tahun pertama perkahwinannya, baru-baru ini.

Ini berbeza sebelum kahwin kerana Siti meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dalam suasana meriah bersama media.

Terbaru, Siti sudi menjadi artis undangan program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim ke-10 yang memaparkannya menikmati hidangan bersama pengacaranya, Maria Tunku Sabri.

Rakaman program berkenaan diadakan di Restoran MyThai, Starhill, Jalan Bukit Bintang.

Apakah Siti kini tidak lagi mengawal penampilannya di khalayak ramai? Bagaimanapun, Siti mempunyai alasannya sendiri.

Katanya, dulu dia terlalu sibuk dengan jadual kerja hingga tiada masa terluang untuknya menghadiri majlis seperti itu.

“Dulu bukan saya tidak mahu, tetapi tiada masa. Sekarang saya agak lapang kerana tumpuan utama bukan lagi kerjaya tapi rumah tangga.

“Tidak timbul soal jaga eksklusif atau tidak kerana semuanya bergantung kepada kelapangan. Contohnya hadir di majlis pelancaran restoran nasi ayam.

“Dulu saya pernah diajak, tetapi tiada kesempatan itu. Tapi baru-baru ini saya ada masa lapang, apa salahnya hadir. Ia juga sebagai tanda sokongan saya kepada rakan artis.

“Begitu juga menjayakan program Jalan-Jalan Cari Makan, mereka sudah cuba mengundang saya sebelum ini, tetapi baru kali ini berkesempatan,” katanya ketika rakaman JJCM, baru-baru ini.

Siti yang tampil ringkas tengah hari itu berkata, apabila keutamaannya kini berubah dari kerjaya kepada keluarga, jadual waktunya memenuhi undangan menyanyi juga dikurangkan untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga.

“Apabila ada masa lapang, saya cuba memenuhi semua undangan, hingga adakalanya saya menghadiri enam majlis dalam sehari pada satu hujung minggu.

“Dulu apabila saya tidak dapat penuhi banyak undangan kerana sibuk, ada orang mengata. Sekarang apabila saya penuhi undangan, orang mengata juga. Apa boleh buat kerana saya tidak mampu menghalang orang daripada bercakap perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Maria mengakui pihaknya beberapa kali cuba mendapatkan Siti menjayakan program itu, tetapi baru kini berjaya.

Katanya, semua itu juga kerana usaha penerbit, Nurhul Huda Khalid.

“JJCM musim ke-10 mempunyai konsep baru yang memberi tumpuan kepada restora menarik yang ada di pusat beli-belah di Lembah Klang. Kami juga tampilkan artis terkenal,” katanya.

Untuk rakaman di Restoran MyThai, Siti dan Maria menikmati hidangan istimewa seperti meng kam, udang galah masak asam dan stim ikan garupa.

JJCM yang disiarkan setiap Ahad, jam 6 petang sejak 9 September lalu menjalankan penggambaran bersama beberapa artis terkenal sebelum Ramadan dan akan disambung selepas raya. Sepanjang bulan puasa ini, mereka sibuk di studio untuk proses suntingan.

Maria, 36, yang juga penerbit program ini berkata, sejak bersama JJCM selama sembilan tahun, dia rasa program berkenaan begitu bermakna dalam hidupnya.

 

sumber : harian metro online


Cerita Siti hamil kembali hangat

Siti Nurhaliza attended the Tilawah Al-Quran event and some questions her pregnancy story.

Pic courtesy of Ammar.


Pemuda seleweng nama Datuk K

Pemuda seleweng nama Datuk K
03-08-2007 05:51:20 PMKUALA LUMPUR: Seorang pekerja syarikat pengurusan acara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan dengan mengaitkan nama Datuk Khalid Mohd Jiwa, suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, berhubung urusan pembelian empat buah kereta.

Wan Hazrul Anuar Wan Hussein, 24, dari Kota Baru, Kelantan, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani yang kemudian menetapkan 24 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa memperdayakan Mahmood Kamsani Mustapha untuk mempercayai bahawa empat buah kereta Suzuki Swift adalah milik Khalid sehingga mendorong Mahmood memberikan wang tunai RM19,000 dan sekeping cek bernilai RM15,000 atas nama Naluri Properties Sdn Bhd sebagai deposit pembelian kereta, sedangkan tertuduh tahu bahawa kereta itu tidak wujud dan sebaliknya dia menggunakan wang serta cek tersebut untuk membayar hutangnya.

Wan Hazrul Anuar yang ditangkap pada 9 Mac lepas didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran KMK D’Sentral, Jalan Tun Sambanthan di sini, kira-kira 1.20 petang, 6 Feb lepas.

Jika sabit kesalahan, dia yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.

Pegawai pendakwa Cif Insp R.Rukumar mencadangkan agar mahkamah membebaskan Wan Hazrul Anuar dengan jaminan sebanyak RM8,000 serta seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan kepada RM3,500 hingga RM5,000 kerana anak guamnya hanya berpendapatan sebanyak RM1,800 sebulan.

Tambahan pula, katanya, nilai kerugian dalam kes itu tidak terlalu banyak dan tidak melibatkan unsur jenayah yang berat.

Aizatul Akmal kemudian membenarkan Wan Hazrul Anuar dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kesnya selesai. BERNAMA

sumber: mStar online


Kata Teman: Perihal dunia artis, telefon bimbit dan internet

Kata Teman: Perihal dunia artis, telefon bimbit dan internet

ENTAH siapa yang memulakannya dan untuk apa, teman tak tahulah. Tetapi hakikatnya, tersebar luas di internet ketika ini tiga keping gambar anak seorang selebriti Melayu-Islam berpeluk mesra dengan seekor anjing. Tetapi gambar itu nampak terlalu peribadi untuk dikatakan ia diambil seorang paparazi kerana ia ternyata foto pose dan bukan gambar ditangkap curi. Maknanya, foto itu seolah-olah diambil daripada album keluarga. Tetapi bagaimana seorang ahli keluarga atau mereka yang dekat dengannya boleh melepaskan gambar itu untuk tatapan umum, teman tak tahulah.

Ia seperti juga ketika cerita Mawi didakwa ‘lalok’ di rumahnya. Bagaimana aksi Mawi diambil melalui sebuah telefon bimbit oleh temannya, boleh terlepas sehingga tersebar di internet kecualilah kalau telefon itu hilang dan singgah di tangan mereka yang tak sepatutnya. Logiknya, mestilah ia dilakukan seorang teman Mawi. Tetapi tidak ada seorang pun teman Mawi mengaku mengeposnya ke mana-mana internet atau telefon bimbit. Iyalah, siapa hendak mengaku kalau sudah berak di tengah jalan.

Mawi khabarnya bingung juga kerana mana mungkin orang sekeliling yang sudah dianggap sahabat dan diamanahkan untuk menyimpan rahsia dan tugas mereka bagaikan ‘penyimpan mohor besar raja-raja’ akan melakukan perkara seumpama itu. Habis cerita ’lalok’ di telefon bimbit, timbul pula kisah ‘lalok’ di Australia. Sekali lagi ada seseorang yang mengaku berada dalam kelompok rombongan percutian di negara itu mendakwa Mawi meminta seseorang untuk membeli dadah kerana sudah tak tahan sampai menggigil badan. Mawi kata dia menggigil kerana kesejukan. Tak payah pergi Australia kalau hendak tahu macam mana orang sudah sejuk boleh menggigil. Kat Malaysia ini pun kalau tangkap sejuk orang pun boleh menggigil juga.

Sekali lagi Mawi bingung kerana orang yang berada di kelilingnya adalah orang yang boleh dipercayai. Siasat punya siasat, seperti yang sudah diduga tak seorang pun mengaku memberi cerita itu kepada orang surat khabar. Yang nampak buruk adalah orang surat khabar juga, kononnya sengaja mahu mensensasikan cerita untuk melariskan jualan surat khabar.

Sedikit masa lalu pula, gara-gara sistem canggih teknologi maklumat juga, seorang peserta Akademi Fantasia, Zhana terpaksa menarik diri daripada program realiti paling popular itu kerana kononnya gambar beraksi tak senonoh disebarkan melalui internet. Zhana kata sekujur tubuh monggel berbogel itu bukanlah dia. Jenuh juga Zhana mahu membersihkan namanya sehingga membuat laporan polis. Tetapi apa keputusan hasil siasatan polis teman tak tahulah kerana akhirnya cerita itu sejuk bedi begitu saja. Terbaru, Zhana dilamar Engku Emran menjadi penyampai di stesen radio Suria FM.

Dalam sebulan dua ini pula, kisah penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza kembali hangat diperkatakan apabila ada mendakwa Siti dipukul suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K). Ceritanya, berita itu disebarkan melalui SMS dan ada pula seseorang yang kononnya menelefon bilik berita memberitahu Siti dipukul teruk sampai masuk hospital. Siti dan Datuk K bangkit membersihkan nama kerana cerita sebegini bisa saja menjejaskan maruah mereka.

Sehari dua ini pula, heboh juga cerita gara-gara telefon bimbit lagi. Teman diberitahu satu klip video 36 saat mengenai aksi sumbang membabitkan dua selebriti popular tanah air, Ella dan kakaknya Jojie disebarkan melalui telefon bimbit. Bagaimana aksi mereka teman tak tahulah kerana teman sendiri pun belum tengok lagi. Tetapi dalam satu temu bual dengan akhbar Malay Mail, Ella menafikan mereka terbabit dalam aksi tak senonoh itu. “Kalau itu gambar saya sudah lama saya larikan diri,” kata Ratu Rock itu yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-41, esok. Kita tunggulah perkembangan lanjut mengenai cerita aksi panas itu.

Begitulah ceritanya kalau sudah masuk kelompok selebriti. Apa saja membabitkan mereka tentu saja menjadi tumpuan dan bualan. Apabila sudah jadi bualan, ada juga elemen nasi tambah. Nasi tambah itu satu hal jugalah tetapi pada pandangan teman elok jugalah kalangan selebriti kita menjaga tingkah laku. Memanglah lemas tetapi kalau tak mahu terus tenggelam ada baiknya kita bermuhasabah diri.

Kita manusia biasa, tak pernah sempurna dan tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Barangkali segala dakwa-dakwi itu ada yang tak betul langsung, ada sipi betul dan banyak juga yang serkap jarang. Tapi ada juga yang kata kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Tetapi dalam kehidupan serba canggih ini, ada ketikanya pokok tetap boleh bergoyang walaupun tak ada anginnya. Tengok siapalah pula di bawah pokok itu. Jumpa lagi. – hanizam@bharian.com.my

 

sumber: berita harian online


Datuk K, Siti cari ketenangan di Bali

Datuk K, Siti cari ketenangan di BaliCerita dan foto oleh Zubir Mohd Yunus


Kemesraan jelas terbayang pada wajah pasangan popular ini walaupun terus dihimpit pelbagai cerita negatif

SEPANJANG minggu lalu, industri hiburan digemparkan dengan berita kononnya penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dimasukkan ke hospital kerana dipukul suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K selepas hampir setahun pasangan itu mendirikan rumah tangga.

Perkahwinan Siti dan Khalid yang dianggap Wedding of the Decade itu dimulai majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos tahun lalu, diikuti persandingan gilang gemilang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos, seterusnya diakhiri persandingan di Dataran Lipis, Pahang pada 3 September.

Desas-desus turut menyebut Datuk K bertindak begitu kerana dia mahu berkahwin lain. Pun begitu, Siti menafikan kejadian itu menerusi satu laporan akhbar dan menyifatkannya sebagai satu fitnah. Laporan media turut menyatakan, Khalid akan membawa isterinya bercuti ke Bali mulai 14 Julai lalu.

Mungkin kebetulan yang seolah-olah dirancang rapi, namun hakikatnya tidaklah begitu kerana penulis seisi keluarga turut berada di Kuta, Bali pada tarikh berkenaan kerana bercuti.

Sebaik saja menerima kiriman SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) daripada Editor Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah di Kuala Lumpur yang mahu penulis mendapatkan komen mereka, Datuk K terus dihubungi dan akhirnya satu pertemuan eksklusif bersamanya dan isteri diadakan keesokan harinya (15 Julai).

Penulis menerima jemputan makan tengah hari daripada pasangan popular itu di sebuah resort percutian mewah iaitu di Amandari, Desa Kedewatan, Ubud, Bali. Siti bersama suaminya menginap di Asmara Suite yang berharga AS$2,100 semalam. Suite berkenaan juga pernah didiami bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter.

Kedatangan penulis disambut mesra oleh pasangan berkenaan. Khalid juga sempat memberitahu, percutiannya ke Bali bersama Siti kali ini adalah bagaikan ‘pre honeymoon’ mereka, selain menguruskan beberapa hal berhubung perniagaan.

Dalam pertemuan itu, Khalid dan Siti turut ditemani pakar chiropractic dari Jakarta, Indonesia, Dr Anthony K Dawson DC apabila Khalid mendapatkan rawatan susulan urutan bahu sejak mengalami kecederaan selepas Fiesta Media Idola 2007 (FMI’07) di Kuantan, Pahang, April lalu.

“Zubir, tengoklah sendiri muka Siti, kalau ada lebam-lebam,” kata Khalid bergurau sementara menunggu panggilan telefon daripada krew Melodi di Kuala Lumpur yang ketika itu sedang menjayakan lintas langsung menerusi TV3, kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Siti ketika diajukan pertanyaan berhubung khabar angin itu, menjelaskan gosip berkenaan tersebar menerusi SMS pada petang Jumaat lalu (13 Julai).

“Siti dapat tahu mengenai perkara itu pada sebelah malamnya. Itupun selepas dihubungi Kak Rozi (kakak ipar). Ketika itu, Siti bersama suami baru saja pulang menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Osman Desa yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya.

“Kak Rozi memberitahu, cerita Siti kononnya dipukul suami, sehingga masuk hospital dah kecoh apabila media ke balai polis untuk mendapatkan pengesahan, selain menghubungi pihak hospital. Siti turut dimaklumkan, cerita berkenaan tersebar menerusi SMS dan panggilan daripada orang tidak dikenali kepada wartawan.

“Siti ingin menjelaskan bahawa cerita itu sama sekali tidak benar, kejadian seumpamanya memang tak pernah berlaku. Bagi Siti, orang yang menyebarkan fitnah ini mungkin sakit hati, sakit mata atau mungkin sakit jiwa. Mereka tak boleh tengok Siti bersama suami hidup bahagia.

“Siti pernah melalui gosip yang lebih teruk dari ini, tapi ia membabitkan Siti seorang diri. Tapi, selepas mendirikan rumah tangga, ini adalah gosip pertama yang turut mengheret nama suami Siti, sekali gus membabitkan reputasinya dan maruah keluarga mentua,” kata Siti dalam nada kesal.

Sementara itu, Datuk K mengakui ibu dan ayah Siti tidak senang dengan cerita seumpama itu sehinggakan bapa Siti memintanya membuat laporan polis agar siasatan segera dapat dibuat ke atas pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan fitnah berkenaan.

“Saya akan berbincang semula dengan bapa mentua. Kalau itu kehendaknya, saya akur. Saya dan Siti sendiri memang nak tahu ini angkara siapa dan dari mana sumbernya. Pun begitu, setakat ini saya belum terfikir nak saman pihak berkenaan. Seandainya tersaman orang terencat akal atau kanak-kanak kecil, tak guna juga.

“Bagi saya, apa yang berlaku ini, orang hendak memberi imej yang buruk terhadap saya, bukannya hendak menjatuhkan Siti sangat. Saya kesal dengan fitnah ini lebih-lebih lagi dalam usia rumah tangga yang baru hendak mencecah setahun bulan depan,” ujar Datuk K lalu meminta diri untuk ke Dream Land, Bali atas urusan perniagaan.

sumber: emedia


Rumah tangga Siti Nurhaliza terus diuji

Rumah tangga Siti Nurhaliza terus diuji

Oleh: NIEZAM ABDULLAH

RAMAI peminat yang terkejut dan ramai juga yang tertanya-tanya. Benarkah dakwaan mengatakan Datuk Siti Nurhaliza, 28, dipukul oleh suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 48?

Khidmat pesanan ringkas (SMS) mula tersebar pada petang Jumaat 13 Julai lalu mengatakan penyanyi kebanggaan negara itu terlantar di hospital akibat kejadian tersebut.

Percaya atau tidak sekiranya benar Siti dimasukkan ke hospital, tidak kiralah atas apa kejadian sekalipun tentunya berita itu akan tersebar dengan cepat termasuklah menyatakan lokasi sebenar di mana dia ditempatkan.

Malangnya pada hari dakwaan itu tersebar, tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh manakah benarnya desas-desus itu.

Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila Siti sendiri membuat kenyataan mengatakan dia sihat dan bahagia di samping suami tercinta.

‘‘Itu semua fitnah untuk menjatuhkan Siti,’’ kata wanita itu mengulas kejadian berkenaan.

Hakikat yang perlu kita semua terima rumah tangga penyanyi itu diuji lagi.

Benarlah kata orang, bukannya mudah menjadi seorang Siti Nurhaliza.

Walaupun mampu menguntum senyuman pada setiap masa namun di dalam hatinya menangis pilu tiada siapa yang tahu.

* Tempuhi dugaan

Sukar menjadi seorang Siti yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan sejak mula menjadi artis sehinggalah diijabkabulkan sebagai isteri kepada ahli perniagaan itu.

Kami di meja Pancaindera juga tidak terlepas daripada menerima dakwaan tidak berasas sedemikian.

Talian telefon berdering-dering daripada peminat yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

Mustahil orang secantik dan lemah-lembut seperti Siti hendak dipukul oleh suaminya sebegitu rupa? Tetapi hakikatnya itulah dinamakan fitnah.

Baru saja reda kes seorang remaja, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham yang mendakwa dipukul Datuk K pada 17 Mac lalu, tiba-tiba timbul pula fitnah baru yang dilakukan untuk melingkupkan kerjaya Siti.

Kata Siti, pada malam kejadian dia bersama suaminya menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kuala Lumpur.

Malah Siti dan Datuk K sendiri terkejut selain turut menerima pertanyaan serupa daripada saudara-mara dan teman rapat mereka.

Sehari selepas berita palsu itu tersebar, kedua mereka berlepas ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama.

Program Melodi terbitan TV3 Ahad lalu berjaya menghubungi kedua pasangan itu secara langsung untuk memuaskan hati orang ramai terhadap persoalan yang bersarang di dalam fikiran mereka.

‘‘Kami berada di Bali pada ketika ini dan turut terkejut dengan berita itu,’’ kata Siti semasa ditemu bual pengacara Farah Fauzana Ahad lalu.

* Mengambil tindakan

Ternyata kecewa dengan dugaan sedemikian, Siti dan Datuk K tidak ada pilihan lain sebaliknya ingin mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah.

‘‘Semakin kami diam, semakin menjadi-jadi fitnah terhadap kami.

‘‘Kami berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba menaburkan fitnah tersebut,’’ kata Datuk K dalam satu sidang media di Petaling Jaya, Selasa lalu.

Siti pula menganggap dakwaan tersebut yang turut mengatakan keadaan dirinya cedera parah merupakan satu fitnah yang paling hebat selepas dia mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.

Fitnah itu memberi kesan yang amat besar terhadap Siti kerana akuinya, banyak hati yang perlu dia jaga.

Sekiranya perkara yang tidak berasas itu terus tersebar pada masa akan datang, tentunya rumah tangga dan kebahagiaan yang diimpikan dalam hidup Siti selama ini tidak akan tercapai.

‘‘Sepanjang berumah tangga, kami tidak pernah ada masalah dan juga tidak pernah bergaduh. Saya gembira kerana mendapat suami yang memahami tetapi saya benar-benar terkilan terhadap fitnah yang dilemparkan,’’ katanya.

Selagi ada umat yang bernama manusia, fitnah itu akan terus berlaku. Itulah hakikat tidak semua manusia yang dapat berkongsi gembira dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain.

Maka disebarkan fitnah untuk meruntuhkan kegembiraan dan kebahagiaan itu.

Siti dan Datuk K di antara pasangan yang dilanda ujian tersebut.

Apa yang penting dalam diri setiap manusia itu turut dikurniakan kesabaran.

Dalam menempuh ujian itu, Siti dan Datuk K perlulah banyak bersabar kerana ia sebahagian daripada iman.

sumber: utusan malaysia online


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.