Category Archive
The following is a list of all entries from the Sitizone category.
Salam Maal Hijrah…
| Written by Siti Nurhaliza | |
| Friday, 11 January 2008 | |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Salam Maal Hijarh, moga tahun baru ini akan memberikan kita semua kebaikan dan kebahagiaan yang lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tekadkan diri dan hati agar kita diberkatiNya, diberikan keteguhan iman, dikuatkan semangat, dimurahkan rezeki, diterima segala yang dihajatkan dan beroleh kejayaan sepanjang tahun ini. InsyaAllah. Hari ini Siti luangkan masa menulis buat anda semua kerana hari ini adalah hari istimewa dalam hidup Siti. Siti ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan ucapan anda semua sempena ulangtahun kelahiran Siti. Siti amat menghargai ingatan anda kepada Siti dan tentunya Siti amat berbahagia memiliki peminat-peminat yang sentiasa prihatin dan menyokong Siti dalam susah dan senang. Siti akui sebagai manusia biasa, Siti juga tidak sempurna, adakala tidak mampu memberikan yang terbaik seperti yang anda hajatkan, ada kehendak atau permintaan anda yang tak dapat Siti tunaikan, ada kemahuan anda yang tak terlaksana, ada pandangan dan kritikan anda yang mungkin anda anggap Siti tidak ambil peduli, segalanya Siti fahami dan akui bahawa Siti hanya insan biasa sahaja. Terlalu banyak ucapan terima kasih yang mahu Siti rakamkan di sini, terutama atas doa-doa anda semua sempena pemergian Siti mengerjakan haji Disember lalu. Alhamdulillah, Siti berasa gembira kerana telah selamat pergi dan pulang dan telah melaksanakan ibadah yang menjadi kewajipan umat Islam.Kegembiraan dan ketenangan telah Siti perolehi dan hendaknya penampilan Siti sekarang ini juga direstui. Siti akui melakukan perubahan diri perlahan-perlahan sesuai dengan diri Siti dan insyaAllah akan menjadi lebih baik dan sempurna nanti.Bagi Siti perubahan pada diri setiap orang itu yang harus kita sokong, bagaimana cara dia berubah perlu kita dukung, dan jangan pula kita biarkan orang itu rebah hanya kerana kita mahu dia memperlihatkan kesempurnaan yang di luar kemampuan dirinya mungkin. Selain itu, terima kasih atas sokongan kepada album baru Siti, harap semakin hari semakin anda menyukainya. Transkripsi dulu juga mendapat kritikan juga pada awalnya dan akhirnya semua boleh menerima. Siti harap album baru ini juga akan menyenangkan anda semua. Tentang Anugerah Juara Lagu juga, Siti tahu besar harapan anda dan anda tidak putus-putus memberi sokongan. InsyaAllah Siti akan pikul tanggungjawab ini sebaiknya dan doakanlah yang terbaik buat Siti nanti. Salam mesra selalu… sumber: sitizone.com |
PEMBERITAHUAN PENTING
| Written by SitiZone Admin | |
| Monday, 17 December 2007 | |
| Kecanggihan teknologi alam siber tidak boleh disalahgunakan dengan memperdaya orang ramai mahupun melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Justeru dengan itu, pihak SNP dan Sitizone tidak mahu peminat terpedaya dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna internet dengan mewujudkan MYSPACE dan FRIENDSTER Siti Nurhaliza kerana ini adalah satu penipuan.
Secara rasminya pihak kami ingin menjelaskan bahawa Siti Nurhaliza tidak mempunyai MYSPACE dan FRIENDSTER seperti yang wujud di internet. Kami amat berharap agar anda tidak terpedaya. Kami juga kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab laman web seperti http://mp3central.blogspot.com dan http://himuzik-mp3.blogspot.com yang membuat laman muat turun lagu-lagu dari album Siti Nurhaliza. Pihak kami akan mengenalpasti jika masih ada laman web lain yang melakukan perkara yang sama dan warga Sitizone harus membantu. Perkara ini amat dikesali kerana kami berusaha keras menerbitkan sebuah album dan anda semudahnya ‘mencuri’ harta kami. Tindakan undang-undang akan diambil. Baigaimana SZoners boleh membantu: |
Doakan Ku…
| Hadiah Hati Ku… | ![]() |
![]() |
![]() |
| Written by Siti Nurhaliza | ||||
| Monday, 03 December 2007 | ||||
|
Page 1 of 2
Khabar gembira buat semua adalah kemunculan album terbaru daripada saya, Hadiah Daripada Hati. Di laman ini terdapat info terkini dan harapnya anda dapat bersabar menunggu tarikh 10 Disember di mana album ini bakal dipasarkan. Album ini merupakan hadiah teristimewa buat anda semua yang telah lama menunggu kemunculannya. Doa saya agar anda juga berpuas hati bila mendengarkan hasilnya nanti dan harapan saya juga agar anda dapat membeli album yang original. Jika mahu muat turun biarlah daripada syarikat yang sah iaitu SN Mobile Digital, iaitu syarikat milik saya yang sah. Siti harap dengan adanya album baru ini, anda dapat menjadikannya koleksi istimewa dan sukakan lagu2 yang terdapat di dalamnya. Semua maklumat akan terdapat dalam album itu nanti termasuk kod lagu dan sebagainya. Saya harap album ini tidak dibandingkan dengan album-album terdahulu kerana setiap daripada karya yang saya rakamkan adalah berbeza-beza namun saya akui amat berpuas hati dengan penghasilan album ini dari segenap segi. Ini juga adalah berkat doa anda semua. Terima kasih saya ucapkan di atas kesabaran anda menantikan album ini. Semoga dengan `kepergian’ sementara saya nanti, album ini dapat mengubat kerinduan anda. InsyaAllah doakan sewaktu saya berada di sana akan dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan lancar. Doakan selamat pergi dan kembali. Pada kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada setiap seorang daripada anda yang mengenali saya, doakan yang terbaik buat saya hendaknya. Mengenai lagu Destinasi Cinta menempah tiket ke Juara Lagu, terima kasih juga atas sokongan anda yang tidak pernah jemu. Tanggungjawab itu akan saya galas dengan sebaiknya nanti. Sebelum mengundurkan diri, saya sekali lagi mengharapkan agar anda dapat menerima kemunculan album terbaru ini, juga saya ucapkan Selamat Menyambut AidilAdha walaupun masih awal tetapi saya dahulukan di laman ini kerana mempunyai kesempatan di sini. Salam kemaafan daripada saya buat anda semua, semoga gembira selalu dan Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Sekian, salam sayang selalu. sumber: sitizone.com |
||||
Hadiah Daripada Hati
![]() |
![]() |
![]() |
| Written by SitiZone Admin | |
| Monday, 03 December 2007 | |
|
HADIAH DARIPADA HATI adalah sesuatu yang diberi. Ia lahir daripada keikhlasan diri, alunan melodi, bunyi, komposisi dan tulisan puitis berseni. Sesuatu yang terhasil daripada pancaindera yang paling sunyi iaitu hati. Hati mampu berbicara, membisik kata, mententeramkan jiwa, menerbitkan arus rasa dan mengalirkan beribu-ribu makna. HATI yang sedang saya hadiahkan ini bukanlah milik saya seorang, ramai yang menjadi tulang belakang, memberi saya peluang, menghadiahkan karya terbilang dan membantu dalam setiap ruang. KELUHURAN HATI telah memungkinkan saya dapat meneruskan perjalanan ini, jejak seni yang tidak akan pernah mati. Waktu mula menapakkan kaki, saya temui banyak mimpi indah dan ngeri,saya diuji dengan terik mentari, dingin salji, rebut menghampiri namun kerana cekal hati, saya pasti pada satu janji bahawa akhirnya saya akan dapat menemui indahnya pelangi. Saya bersyukur masih diberikan kelapangan untuk menghadiahkan sesuatu buat anda yang sedia menanti hasil terbaru ini. Setiap pengalaman yang saya timba dari mula menghasilkan album ini akan saya kenang hingga ke akhir nanti. Saya gembira kerana kerjaya menjadi sekolah yang terbaik untuk saya belajar banyak perkara yang adakala saya takkan temui dalam kehidupan sehari-hari. Kemunculan album ini saya dedikasikan buat semua penerbit album, komposer, penulis lirik, semua pihak yang bekerja keras di sebalik produksi ini kerana telah memberikan keistimewaan dan sentuhan anda yang tersendiri. Banyak pengalaman yang saya kutip, ilmu mereka yang saya intip dan kini hasilnya telah dapat saya titip. Paling istimewa kepada peminat-peminat saya di mana saja anda berada. Ada yang sering bersua, tak kurang yang tak terlihat dek mata, tak terjangkau sempadan dan benua tapi masih setia memberi sokongan dan kata-kata membina. Kepada yang baru mahu berjinak-jinak mendengar lagu saya, semoga anda menemui sesuatu di sini dan inilah hadiah bagi `perkenalan’ kita. Saya juga tidak akan melupakan banyak insan berjasa dalam kehidupan peribadi dan kerjaya saya. Buat suami tercinta, Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa, keluarga saya dan keluarga mentua saya, seikhlasnya daripada hati saya amat berterima kasih kerana anda telah menjadi `erti dalam hidup saya. Kepada warga kerja Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. dan Suria Records Sdn.Bhd. semoga kita akan terus bekerja keras menaikkan industri muzik dan memberikan sesuatu yang maksima daripada usaha kita. Kepada pihak media cetak dan media elektronik di dalam dan di luar negara, terima kasih di atas sokongan anda selama ini dan doa saya agar kerjasama ini tidak akan pernah berhenti. Terimalah Hadiah Daripada Hati Siti. INFO ALBUM BARU SITI (EXCLUSIVE DI SITIZONE.COM)
LAGU-LAGU DALAM ALBUM ‘HADIAH DARIPADA HATI’
Jangan lupa dapatkan album terbaru ini! Di pasaran pada 10 DISEMBER 2007!sumber: sitizone.com |
Hadiah Daripada Hati : 10.12.07
![]() |
![]() |
![]() |
| Written by SitiZone Admin | |
| Monday, 03 December 2007 | |
|
Maklumat eksklusif mengenai album terbaru Dato Siti Nurhaliza ‘Hadiah Daripada Hati’ boleh didapati hanya di SitiZone.com! Album Terbaru! HADIAH DARIPADA HATIsumber: sitizone.com |
Hadiah Daripada Hati…
| Written by Webmaster | |
| Thursday, 22 November 2007 | |
| Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Selamat bertemu kembali. Doa Siti agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu. Pejam celik, pejam celik nampaknya gerbang Disember bakal kita lalui. Banyak kenangan tercipta sepanjang tahun ini berlalu dan marilah kita sama-sama berdoa adalah setiap perjalanan hari kita akan terus diberkatiNya. Minggu lalu Siti sempat beraksi dalam Muzik-Muzik separuh akhir balada dan tentunya mempertaruhkan lagu Bisakah. Kita tahu ramai di kalangan anda yang memberi sokongan kuat, malah datang menyokong dengan berpakaian sedondon, namun Siti berharap agar kita terima dengan hati yang terbuka mengenai kegagalan lagu ini ke Juara Lagu. Siti gembira dan amat terharu kerana peminat amat memahami, siatusi telah berubah di mana kita bersedia menerima semua yang ditakdirkan dengan hati lapang. Siti sendiri gembira melihat reaksi dan maklumbalas yang diterima daripada peminat-peminat yang kebanyakannya begitu positif. Minggu ini Siti akan berentap dalam kategori pop rock pula menerusi lagu Destinasi Cinta. Seperti minggu lalu, Siti berusaha memberikan yang terbaik untuk setiap lagu dan persembahan Siti. Jika ada rezeki tidak ke mana tetapi jika lagu tersebut gagal ke akhir, masih banyak misi dan visi Siti dalam bidang seni yang perlu diteruskan di hadapan ini. Sesuatu yang gembira mahu Siti khabarkan kepada anda semua adalah mengenai album baru Siti yang sudahpun ada judulnya iaitu “Hadiah Daripada Hati”. Album ini sudah 80 peratus siap pembikinannya dan akan dipasarkan awal Disember ini. Doakan segalanya berjalan dengan baik dan album ini dapat menambat hati anda. Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara. Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran “Hadiah Daripada Hati”‘ dengan hati yang lapang. Ramai yang bertanyakan tentang pemergian Siti ke tanah suci, InsyaAllah doakan agar Siti selamat pergi dan pulang. Doa anda semua Siti harapkan agar segala urusan Siti di tanah suci berjalan dengan baik dan lancar. Moga setiap seorang daripada kita akan diberikan kelapangan untuk menjejakkan kaki ke sana dan menemui PenciptaNya. Salam manis buat anda semua. Wassalam. sumber: sitizone.com |
Masuk Studio dan Muzik Muzik…
| Written by Siti Nurhaliza | |
| Tuesday, 06 November 2007 | |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih lagi berada dalam bulan Syawal, kita sibuk mengadakan rumah terbuka, menziarahi teman dan saudara mara dan juga meneruskan kerja seharian seperti biasa. Lega. Alhamdulillah, pementasan teater baru saja habis dan Siti dapat bernafas seperti biasa semula. Hambatan waktu sewaktu menjayakan teater P.Ramlee The Musical benar-benar terasa dan sekarang ini Siti gembira kerana sekurang-kurangnya dapat menimba pengalaman dan berkenalan dengan ramai pihak yang menjayakan produksi tersebut. Segalanya berjalan dengan baik dan berakhir juga dengan baik.Terima kasih kepada peminat yang sudi datang menonton dan memberi sokongan atas pengalaman pertama Siti ini. Album yang tertangguh harus diselesaikan. Siti kembali ke studio menyiapkan rakaman vokal dan Alhamdulillah semuanya sudah diatur dengan baik. Siti mengharapkan satu hasil yang terbaik dan juga mahu album kali ini bukan dibanding-bandingkan dengan yang terdahulu. Setiap hasil atau produk terbaru adalah berbeza sama ada konsep, hala tuju atau matlamat dan album kali ini Siti hasilkan sesuai dengan diri Siti. Kesesuaian itu penting kerana Siti juga akan melalui hari-hari perubahan tentunya mahu segalanya lebih dari sebelumnya. Doakanlah. SN Mobile Digital yang diwujudkan juga mendapat sambutan yang baik, InsyaAllah akan lebih banyak isi kandungannya nanti kerana Siti sedang menyiapkan album baru. Selepas ini Siti akan menambah lagi kandungan-kandungan baru di dalamnya. Begitu juga yang mahu mengetahui Tanya, Diari dan Rahsia Siti, ramai yang telah melanggan. Siti seronok menjawab soalan yang ditanya. Memang ramai yang menghantarnya dan Siti menjawabnya secara berperingkat, harap anda bersabar. Bulan ini juga Siti akan terlibat dengan pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik untuk kategori balada dan pop rock. Agak kekok juga kerana lama tidak menyanyi di pentas sebegini. Siti akan berusaha memberikan yang terbaik. Siti akan cuba mencari masa untuk membahagikan antara kesibukan di studio dan juga pertandingan ini. Bagi Siti lagu Bisakah (balada) dan Destinasi Cinta (pop rock) ada kehebatannya yang tersendiri. Kebetulan Siti menggalas tanggungjawab komposer suami isteri iatu Aubrey untuk lagu Bisakah dan ciptaan isterinya pula untuk lagu Destinasi Cinta. Semoga segala yang berlaku bulan ini memberikan hari yang baik buat kita semua. Di penghujung Syawal kita tetap mendoakan agar terus diberikan keberkatan dalam hidup dan kerjaya. Salam mesra selalu. |
Travel Package P.Ramlee The Musical
| Written by SitiZone Admin | |
| Saturday, 20 October 2007 | |
|
Sebuah muzikal yang akan mengangkat kisah kehidupan Seniman Agung P. Ramlee. Zaman awalnya di Pulau Pinang, sehingga membawa ke zaman gemilangnya di Jalan Ampas. Muzikal ini akan menampilkan suka duka, pahit maung, dan tawa ria P. Ramlee sebagai seniman yang sentiasa segar di hati peminatnya. 2 Hari 1 Malam Kuala Lumpur Hari 01 : Singapore – Kuala Lumpur Hari 02 : Kuala Lumpur – Singapore Hotel : Grand Season 4* Package Price and itinerary are subjected to change Shahidah Travel |
Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Lebaran buat semua.
Seperti kata-kata yang tertera dalam kad raya Siti, “Langit ramadhan membuka keampunan, Menjelang Syawal bulan kemenangan, Saudara dan taulan bersambutan tangan, Membina kukuh ikatan persaudaraan, Jauh dan dekat saling berhubungan, Berkirim Salam tanda ingatan, Ikatan mesra sempurnakan lebaran.”
Alhamdulillah, Syawal sudah hampir menjelang, Ramadhan meninggalkan banyak kenikmatan kepada kita semua. InsyaAllah hari-hari yang seterusnya segala nikmat dan kebaikan akan terus mengiringi kita semua. Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, Siti ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua peminat di mana sahaja anda berada, semoga kita semua dapat meraikannya dengan penuh kesyukuran. Kesempatan yang ada di samping memohon maaf di antara satu sama lain, ziarah menziarahi, kita juga haruslah sentiasa mengingati golongan yang kurang bernasib baik. Keinsafan diri dan rasa penuh syukur harus ada dalam diri kita walaupun sedang bergembira menyambut hari kemenangan ini.
Jika tidak ada aral melintang, pada hari raya pertama tahun ini, Siti dan suami akan berhari raya di Kuala Lipis , Pahang sebelum ke Kedah pada hari berikutnya. Jika ada yang mahu bertandang ke rumah Siti, silakan kerana tahun lepas Siti tidak beraya di kampung Siti.
Tidak ada istilah rumah terbuka kerana sesiapa sahaja boleh datang berkunjung ke rumah keluarga Siti dan InsyaAllah Siti akan melayani anda. Sambutan raya Siti dan keluarga sederhana sahaja kerana yang penting kami dapat berkumpul setelah lama tidak bertemu.
Mengenai lagu raya Bulan Kedamaian, anda sudah boleh muat turun lagu tersebut seperti iklan SN Mobile Digital yang tertera di laman ini. Siti harap anda berpuas hati dengan lagu raya kali ini. Banyak bahan yang disediakan untuk anda muat turun dan jangan lupa mendaftar sebagai ahli untuk dapatkan diari, rahsia dan juga madah Siti. Selain itu untuk mendekatkan lagi Siti dengan anda semua, pihak SN Mobile Digital telah menyediakan saluran interaktif di mana anda boleh bertanyakan apa sahaja soalan kepada Siti. Anda hanya perlu TAIP TANYA dan hantar ke 33777. InsyaAllah semua soalan anda akan Siti jawab.
Salam Lebaran…
Siti Nurhaliza
Ingin melihat kad raya rasmi Siti Nurhaliza? Click di bawah




Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua gembira dan sihat selalu hendaknya.
INFO ALBUM BARU SITI (EXCLUSIVE DI SITIZONE.COM)

