Hadiah Daripada Hati



Lapan anugerah milik Malaysia

Lapan anugerah milik Malaysia
June 12th, 2007
                                                                       

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Siti Nurhaliza, M Nasir, Mawi, terus cipta kejayaan pada Anugerah Planet Muzik
BUKAN lagi milik karyawan Indonesia. Sebaliknya Anugerah PlanetMuzik 2007 (APM 2007) yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura,Jumaat lalu menyaksikan Malaysia mendominasi lapan daripada 12 anugerahdipertandingkan.
Jika sebelum ini Malaysia hanya mampu berbangga dengan anugerahPaling Popular, kali ini situasi amat berbeza. Malam itu, karyawantanah air meraih empat kategori terbaik dan membolot semua kategoripopular. Datuk Siti Nurhaliza yang sebelum ini cukup sinonim dengangelaran Paling Popular selama enam tahun berturut-turut, tahun initerus mengekalkan gelaran sama. Paling manis, Siti turut dinobatkansebagai Artis Wanita Terbaik, merampas takhta yang pernah disandangJaclyn Victor tahun lalu.
Isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa itu turut melakar sejarahperibadi apabila lagu nyanyiannya, Biarlah Rahsia memenangi kategoriLagu Terbaik.
Komposer, penyanyi, pelakon dan pengarah tersohor, M Nasirmeneruskan kecemerlangan Siti apabila diumumkan sebagai Artis LelakiTerbaik manakala Noryn Aziz pula mengungguli kategori Artis Baru WanitaTerbaik. Tahun ini rezeki terus berpihak kepada Mawi apabila lagunyanyiannya, Kian ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Lukhman S, Kianmemenangi kategori Lagu Paling Popular, mengulangi kejayaan sama musimlalu. Mawi juga muncul sebagai Artis Lelaki Paling Popular, sekali gusmenewaskan Irwansyah, Taufik Batisah termasuk sifu M.Nasir dalamkategori itu.
Paling mengejutkan, kumpulan yang semakin meningkat naik diMalaysia, Sofaz mengungguli kategori Kumpulan Paling Popular. Satukeputusan di luar jangkaan kerana nama lain bertanding dalam kategoriini bukan calang-calang.
Artis berkumpulan nyata menjadi penyelamat maruah Indonesia apabilamereka mengungguli gelaran Terbaik iaitu Letto yang memenangi kategoriDuo/Kumpulan Baru Terbaik, Dewa 19 (Duo/Kumpulan Terbaik) dan Samsonsyang memenangi anugerah Album Terbaik.
Acara hasil kerjasama MediaCorp Radio Warna 94.2fm, Ria 89.7fm danBeyond DBB Malaysia/Beyond Event turut memberi pengiktirafan kepadaKrisdayanti apabila dia dipilih sebagai penerima Anugerah Khas PlanetMuzik, manakala penyanyi lagi Hijau, Zainal Abidin menjadi penerimapertama Anugerah Cinta Planet Muzik atau sumbangan beliau menerusi lagunyanyiannya.
Bagi kategori yang dikhaskan untuk penggiat seni Singapura, bekasjuara Singapore Idol, Taufik Batisah mendominasi tiga daripada limaanugerah yang dipertandingkan iaitu Lagu Terbaik (Usah Lepaskan), ArtisPaling Popular, Lagu Paling Popular (tempat kedua). Satu-satunya calontunggal Singapura yang memenangi anugerah Terbaik ialah Imran Ajmainmenerusi kategori Artis Lelaki Baru Terbaik.
Barangkali, inilah keputusan yang amat ditunggu-tunggu selepasbeberapa tahun terpaksa tunduk dengan penguasaan artis dari Indonesiadalam anugerah yang menghimpunkan penggiat seni dari tiga negara ini.
Sewajarnya karyawan muzik Malaysia patut berbangga dengan pencapaianini kerana ketika di awal pencalonan di buka, Malaysia hanya menghantar66 penyertaan berbanding Indonesia sebanyak 247 penyertaan dan 120pencalonan dari Singapura.\


INFO
Senarai Pemenang APM 2007

Artis Lelaki Baru Terbaik: Imran Ajmain
Artis Wanita Baru Terbaik: Noryn Aziz
Duo/Kumpulan Baru Terbaik: Letto
Artis Lelaki Terbaik: M. Nasir
Artis Wanita Terbaik: Datuk Siti Nurhaliza
Duo/Kumpulan Terbaik: Dewa 19
Lagu Terbaik: Biarlah Rahsia
Album Terbaik: Naluri Lelaki (Samsons)
Artis Lelaki Paling Popular: Mawi
Artis Wanita Paling Popular: Datuk Siti Nurhaliza
Kumpulan Paling Popular: Sofaz
Lagu Paling Popular: Kian

sumber: berita harian


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: