Hadiah Daripada Hati



MyStarz, LG: 12 finalis mula tunjuk ‘taring’

MyStarz, LG: 12 finalis mula tunjuk ‘taring’
02-07-2007 11:46:54 PM
Oleh WAHIDA ASRANIProgram realiti terbaru, MyStarz, LG membuka tirai dengan konsert pertama yang berlangsung semalam dengan menyaksikan 12 finalis menunjukkan kehebatan masing-masing beraksi buat pertama kalinya di depan penonton.

Disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam kesemua finalis mempamerkan kekehebtan vokal masing-masing sambil diiringi oleh pemuzik handalan diketuai oleh Aubrey Suwito dan barisan pemuzik-pemuzik seperti Andy Peterson, Nan Alias, Steve Hassan Thornton dan pemain drum John.

Emeer berjaya memukau penonton yang hadir (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Markah persembahan setiap peserta akan ditentukan oleh undian SMS sebanyak 40 peratus manakala selebihnya daripada penilaian juri, di mana malam tadi tiga panel juri jemputan yang diundang khas ialah penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza, Patrick Teoh dan Sandy Monteiro.Konsert pada malam itu dimulakan dengan persembahan oleh peserta paling muda di dalam program tersebut iaitu Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri.

Membawakan lagu Tiada Lagi, Emeer berjaya memukau penonton yang hadir dengan kelantangan vokalnya walaupun baru berusia 12 tahun.

Walaupun sedikit terjejas di awal persembahannya ekoran gangguan pada sistem bunyi, namun Emeer berjaya meneruskan persembahan dengan baik. Bak kata Patrick, “you handle it like a real pro.”

Persembahan diteruskan oleh Ahmad Aliff Afif Tirmizie atau Afif yang mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah. Dari segi vokal, kemampuan Afif memang tidak boleh dinafikan.

Cuma mungkin Afif perlu menggilapkan lagi gaya persembahannya supaya nampak lebih berkeyakinan ketika di pentas!

Persembahan seorang lagi peserta, Russell Curtis juga tidak menghampakan. Walaupun dikritik oleh juri yang merasakan penggunaan gitar tidak sesuai dengan Russel, namun

Tasya persembahkan lagu ciptaannya sendiri (Foto The Star)

peserta ini tetap memberikan persembahan yang baik menerusi lagu What’s Up.Begitu juga dengan persembahan Hamiza Tasyha Bashir yang turut dikritik oleh juri yang merasakan Tasya tidak sesuai tampil dengan bermain gitar. Walaubagaimana pun, Tasya juga memberikan satu persembahan yang tidak mengecewakan menerusi lagi ciptaannya sendiri, Stranger.

Badri Ibrahim dan Rachel Wesley yang membuat persembahan seterusnya juga berjaya memberikan satu persembahan yang cukup baik.

Masing-masing membawakan lagu Manis dan Mencintaimu dengan gaya tersendiri, terutamanya Rachel, peserta berusia 14 tahun ini yang berjaya memukau hadirin dan juri dengan mutu vokalnya yang baik.

Khairul Hizam Kaha meneruskan persembahan dengan lagu Summer of 69, diikuti pula dengan Mimie Aishah yang mendendangkan lagu Cahaya. Dari aspek vokal, rasanya hampir kesemua finalis mempunyai mutu suara yang baik.

Namun, dari segi imej, masih banyak yang perlu diperbaiki oleh peserta. Apapun, untuk permulaan, setiap peserta berjaya menunjukkan usaha mereka memberikan persembahan yang memuaskan.

Tidak ketinggalan empat peserta lagi iaitu Awang Jasmin, Andy Adrian, Rubisa Tiasin dan Shaza Marina.


Tiga juri jemputan pada malam itu (dari kiri) Patrick, Siti dan Sandy (Foto The Star)

Sukar untuk melihat peserta mana yang lebih menyerlah memandangkan ini baru konsert pertama mereka. Tambahan pula kesemuanya berjaya mempamerkan satu persembahan yang tidak mengecewakan.

MyStarz, LG membariskan komposer Farihin Abdul Fattah sebagai pengetua dan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Program ini mempunyai kelainan tersendiri. Selain diberikan pendedahan latihan sebagai penyanyi, mereka turut terlibat dalam program kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.

Peserta juga akan diberi tips tentang perhubungan awam dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dari pihak media. Setiap peserta diberi pengetahuan menjaga penampilan diri (grooming) dari minggu pertama sehinggalah ke akhir episod.


12 finalis mempunyai kekuatan tersendiri (Foto The Star)

Selama 13 minggu juga, semua finalis akan mengikuti pembelajaran muzik di ‘LG House’ yang disampaikan sekumpulan pemuzik.

Mereka bagaimanapun tidak ‘terkurung’ di lokasi itu sahaja dan dikehendaki mengikuti modul pembelajaran yang telah disediakan. Mereka bebas berjumpa dengan keluarga dan rakan selepas sesi belajar.

Juara MyStarz, LG berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah TV LCD berukuran 42″ (kedua-dua tajaan LG) dan rakaman album dengan label antarabangsa.

Penaja utama MyStarz, LG ialah LG sementara penaja penginapan rasmi ialah Best Western Premier Seri Pacific Hotel sementara penaja bersama lain ialah Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation manakala penaja pakaian ialah Rizman Ruzaini, ADIDAS (M) Sdn Bhd dan Converse (M) Sdn Bhd.

LG juga menaja pelbagai alat elektrik keluarannya dan telefon bimbit model terbaru LG Shine KE970, penghawa dingin dan juga Chocolate Audio sistem yang terbaru.

sumber: mStar online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: