Hadiah Daripada Hati



Siti Nurhaliza nafi dipukul suami

Siti Nurhaliza nafi dipukul suami

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menafikan khabar angin kononnya dia dipukul sehingga cedera oleh suaminya yang juga usahawan ternama, Datuk Khalid Mohammad Jiwa atau Datuk K.
Bahkan, Siti memberitahu, dia berada dalam keadaan sihat dan tidak terlantar di mana-mana katil hospital seperti yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“SMS itu semua fitnah semata-mata. Apa motif mereka menyebarkan cerita palsu?” kata Siti ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya malam ini.
Ketika bercakap dengan wartawan Utusan Malaysia, penyanyi itu memberitahu dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu majlis persandingan seorang kenalan mereka di sini.

Menurut Siti, selain wartawan yang silih berganti menghubunginya dan suami untuk mendapatkan pengesahan tentang berita itu, dia turut menerima panggilan daripada ahli keluarga yang terkejut dengan penyebaran berita palsu tersebut.
“Pening kepala Siti dan suami memikirkan kenapa ada orang tergamak menyebarkan fitnah ini,” ujarnya lagi.

Khalid yang turut sama dalam perbualan itu memberitahu, beliau sedih dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang terus cuba menggugat kebahagiaan rumah tangganya dengan penghibur tersohor negara itu.
Menurut Khalid, dia dan isteri kesayangannya itu akan terbang ke pulau peranginan Bali, Indonesia malam ini.

“Saya tidak faham kenapa ada orang tergamak untuk mereka cerita palsu ini,” katanya dalam nada kesal.

 

sumber: utusan malaysia


Trackbacks & Pingbacks

  1. Siti Nurhaliza & Calmille » Calmille to Siti : Bersabarlah! pingbacked on 9 years, 4 months ago
  2. Siti Nurhaliza & Calmille » UPDATE ! Siti vs SMS sender? pingbacked on 9 years, 4 months ago

Comments



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: