Hadiah Daripada Hati



Rumah tangga Siti Nurhaliza terus diuji

Rumah tangga Siti Nurhaliza terus diuji

Oleh: NIEZAM ABDULLAH

RAMAI peminat yang terkejut dan ramai juga yang tertanya-tanya. Benarkah dakwaan mengatakan Datuk Siti Nurhaliza, 28, dipukul oleh suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 48?

Khidmat pesanan ringkas (SMS) mula tersebar pada petang Jumaat 13 Julai lalu mengatakan penyanyi kebanggaan negara itu terlantar di hospital akibat kejadian tersebut.

Percaya atau tidak sekiranya benar Siti dimasukkan ke hospital, tidak kiralah atas apa kejadian sekalipun tentunya berita itu akan tersebar dengan cepat termasuklah menyatakan lokasi sebenar di mana dia ditempatkan.

Malangnya pada hari dakwaan itu tersebar, tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh manakah benarnya desas-desus itu.

Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila Siti sendiri membuat kenyataan mengatakan dia sihat dan bahagia di samping suami tercinta.

‘‘Itu semua fitnah untuk menjatuhkan Siti,’’ kata wanita itu mengulas kejadian berkenaan.

Hakikat yang perlu kita semua terima rumah tangga penyanyi itu diuji lagi.

Benarlah kata orang, bukannya mudah menjadi seorang Siti Nurhaliza.

Walaupun mampu menguntum senyuman pada setiap masa namun di dalam hatinya menangis pilu tiada siapa yang tahu.

* Tempuhi dugaan

Sukar menjadi seorang Siti yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan sejak mula menjadi artis sehinggalah diijabkabulkan sebagai isteri kepada ahli perniagaan itu.

Kami di meja Pancaindera juga tidak terlepas daripada menerima dakwaan tidak berasas sedemikian.

Talian telefon berdering-dering daripada peminat yang ingin mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

Mustahil orang secantik dan lemah-lembut seperti Siti hendak dipukul oleh suaminya sebegitu rupa? Tetapi hakikatnya itulah dinamakan fitnah.

Baru saja reda kes seorang remaja, Muhammed Kasheef Harris Sivapatham yang mendakwa dipukul Datuk K pada 17 Mac lalu, tiba-tiba timbul pula fitnah baru yang dilakukan untuk melingkupkan kerjaya Siti.

Kata Siti, pada malam kejadian dia bersama suaminya menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kuala Lumpur.

Malah Siti dan Datuk K sendiri terkejut selain turut menerima pertanyaan serupa daripada saudara-mara dan teman rapat mereka.

Sehari selepas berita palsu itu tersebar, kedua mereka berlepas ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama.

Program Melodi terbitan TV3 Ahad lalu berjaya menghubungi kedua pasangan itu secara langsung untuk memuaskan hati orang ramai terhadap persoalan yang bersarang di dalam fikiran mereka.

‘‘Kami berada di Bali pada ketika ini dan turut terkejut dengan berita itu,’’ kata Siti semasa ditemu bual pengacara Farah Fauzana Ahad lalu.

* Mengambil tindakan

Ternyata kecewa dengan dugaan sedemikian, Siti dan Datuk K tidak ada pilihan lain sebaliknya ingin mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah.

‘‘Semakin kami diam, semakin menjadi-jadi fitnah terhadap kami.

‘‘Kami berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang cuba menaburkan fitnah tersebut,’’ kata Datuk K dalam satu sidang media di Petaling Jaya, Selasa lalu.

Siti pula menganggap dakwaan tersebut yang turut mengatakan keadaan dirinya cedera parah merupakan satu fitnah yang paling hebat selepas dia mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos tahun lalu.

Fitnah itu memberi kesan yang amat besar terhadap Siti kerana akuinya, banyak hati yang perlu dia jaga.

Sekiranya perkara yang tidak berasas itu terus tersebar pada masa akan datang, tentunya rumah tangga dan kebahagiaan yang diimpikan dalam hidup Siti selama ini tidak akan tercapai.

‘‘Sepanjang berumah tangga, kami tidak pernah ada masalah dan juga tidak pernah bergaduh. Saya gembira kerana mendapat suami yang memahami tetapi saya benar-benar terkilan terhadap fitnah yang dilemparkan,’’ katanya.

Selagi ada umat yang bernama manusia, fitnah itu akan terus berlaku. Itulah hakikat tidak semua manusia yang dapat berkongsi gembira dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain.

Maka disebarkan fitnah untuk meruntuhkan kegembiraan dan kebahagiaan itu.

Siti dan Datuk K di antara pasangan yang dilanda ujian tersebut.

Apa yang penting dalam diri setiap manusia itu turut dikurniakan kesabaran.

Dalam menempuh ujian itu, Siti dan Datuk K perlulah banyak bersabar kerana ia sebahagian daripada iman.

sumber: utusan malaysia online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: