Hadiah Daripada Hati



Siti Nurhaliza bintangi teater Remy…Kisah P.Ramlee

Siti Nurhaliza bintangi teater Remy…Kisah P.Ramlee

01-08-2007 11:26:25 PM
oleh WAHIDA ASRANI
PETALING JAYA: Setelah 12 tahun bergelar anak seni, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza akhirnya buat pertama kali melangkah ke bidang lakonan pula apabila beliau menerima ‘lamaran’ Enfiniti Productions untuk membintangi teater muzikal Remy…Kisah P.Ramlee.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Penerbit Eksekutif teater muzikal tersebut Datin Seri Tiara Jacquelina di Borneo Rainforest Cafe, di sini, malam ini pada satu sidang media pengumuman barisan pelakon teater muzikal yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Oktober hingga 3 November depan.

Siti bakal memegang watak Azizah, seorang wanita yang amat dipujai oleh P.Ramlee, yang akan dilakonkan oleh Sean Ghazi, manakala watak Saloma pula akan didukung oleh penyanyi terkenal Liza Hanim.

Turut menjayakan teater yang memaparkan perjalanan hidup, cinta serta inspirasi Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee ini ialah Melissa Saila (watak Junaidah, isteri pertama P.Ramlee), Chedd Yusuf (Sukardi, rakan baik P.Ramlee) dan kumpulan Infinatez (paparazzi).

Manakala watak Noorizan yang merupakan isteri kedua Seniman Agung itu masih belum diisi oleh mana-mana pelakon.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Enfiniti, terutamanya Tiara kerana beri peluang kepada saya untuk pegang watak Azizah.

ementasan teater adalah satu benda baru buat saya dan apa yang saya harapkan agar dapat beri yang terbaik kepada produksi ini,” ujar Siti menerusi video conference yang disiarkan di sidang media tersebut.

Siti tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut kerana memenuhi undangan persembahan lain.

Dalam pada itu, menurut Tiara, pihaknya amat berbesar hati kerana Siti bersetuju untuk membintangi teater muzikal tersebut.

“Semua pelakon yang terpilih untuk teater ini datang ke sesi ujibakat terlebih dahulu, dan Siti juga tidak terkecuali. Tetapi, memang susah untuk mendapatkan Siti, sebab dia pun tidak pernah berlakon sebarang filem atau teater.

“Siti baru saja memberi persetujuan hari ini. Walaupun wataknya tidak sebanyak Saloma, tetapi dia apa yang saya boleh katakan setiap karektor yang ada di dalam teater ini mempunyai kekuatan tersendiri,” kata Tiara.

Remy…Kisah P.Ramlee adalah teater muzikal kedua Enfiniti Productions setelah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).

Teater muzikal terbaru ini masih membariskan tenaga kerja yang sama di dalam PGLM seperti Zahim Al-Bakri (pengarah bersama), Adlin Aman Ramlie (pengarah), Dick Lee (komposer), Pat Ibrahim (pereka tari) dan Raja Malek (pereka produksi).

sumber: MStar Online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: