Hadiah Daripada Hati



Siti pegang watak Azizah

Siti pegang watak Azizah

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Desas-desus mengenai Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dilamar membintangi teater muzikal Remy…Kisah P Ramlee akhirnya terjawab apabila Penerbit Eksekutif Enfiniti Productions Sdn Bhd (EPSB), Datin Seri Tiara Jacquelina mengesahkan penyanyi nombor satu negara itu akan memegang watak utama sebagai Azizah dalam teater berkenaan.

Ketika mengumumkan pelakon yang akan membintangi Remy…Kisah P Ramlee di restorannya, Borneo Rainforest Cafe di Bandar Sunway di sini, semalam, Tiara berkata, Siti hanya mengesahkan pembabitannya petang semalam dan tidak dapat menghadiri sidang media berkenaan kerana mempunyai persembahan makan malam di sebuah hotel di ibu kota.

Namun, EPSB sempat merakam kenyataan Siti dan disiarkan kepada pihak media, semalam.

Dalam rakaman itu, Siti berterima kasih kepada EPSB kerana memberinya peluang memegang watak Azizah dalam teater itu.

“Ini kali pertama saya berlakon teater dan akan cuba memikul tanggungjawab ini sebaiknya di bawah tunjuk ajar Zahim Albakri dan Adlin Aman Ramlie. Saya akan mengikuti segala latihan dan persiapan yang diatur serta berharap ia akan berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu Tiara berkata, teater ini didedikasikan khusus buat Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai ikon negara dan penghibur serba boleh.

Ia akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 Oktober hingga 3 November depan dengan 17 persembahan.

“Kebanyakan tenaga produksi yang terbabit dalam Remy…Kisah P Ramlee adalah daripada pasukan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) yang dipentaskan tahun lalu. Kejayaan PGLTM yang mengundang 58,000 penonton daripada 46 persembahan di Malaysia dan Singapura menjadi pembakar semangat buat kami menghasilkan yang terbaik.

“Pelakon yang akan membintangi teater ini semuanya menjalani uji bakat sebagaimana artis lain dan mereka yang dipilih perlu memiliki tiga kebolehan iaitu berlakon, menari dan menyanyi,” katanya.

Selain Siti Nurhaliza sebagai Azizah, teater ini turut dibintangi Sean Ghazi sebagai P Ramlee, Liza Hanim (Saloma), Melissa Saila (Junaidah), Chedd Yusuf (Sukardi) serta Andy, Alvin dan Rafik dari kumpulan Infinatez sebagai paparazzi.

Turut berlakon, juara So You Think You Can Dance? Alam atau nama penuhnya, Muhamad Haslam Abdul Rahman, namun wataknya belum ditentukan.

Watak Noorizan yang bakal dipegang artis wanita ternama belum diputuskan tenaga produksi dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara barisan belakang tabir pula diketuai Tiara sendiri sebagai penerbit eksekutif, Boudeng Edruce (penerbit), Zahim Albakri (pengarah bersama), Adlin Aman Ramlie (pengarah, penulis lirik dan penulis buku), Dick Lee (pencipta lagu), Pat Ibrahim (koreografer) dan Raja Malek (pereka produksi).

sumber: harian metro online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: