Hadiah Daripada Hati



Pemuda seleweng nama Datuk K

Pemuda seleweng nama Datuk K
03-08-2007 05:51:20 PMKUALA LUMPUR: Seorang pekerja syarikat pengurusan acara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan dengan mengaitkan nama Datuk Khalid Mohd Jiwa, suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, berhubung urusan pembelian empat buah kereta.

Wan Hazrul Anuar Wan Hussein, 24, dari Kota Baru, Kelantan, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani yang kemudian menetapkan 24 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa memperdayakan Mahmood Kamsani Mustapha untuk mempercayai bahawa empat buah kereta Suzuki Swift adalah milik Khalid sehingga mendorong Mahmood memberikan wang tunai RM19,000 dan sekeping cek bernilai RM15,000 atas nama Naluri Properties Sdn Bhd sebagai deposit pembelian kereta, sedangkan tertuduh tahu bahawa kereta itu tidak wujud dan sebaliknya dia menggunakan wang serta cek tersebut untuk membayar hutangnya.

Wan Hazrul Anuar yang ditangkap pada 9 Mac lepas didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran KMK D’Sentral, Jalan Tun Sambanthan di sini, kira-kira 1.20 petang, 6 Feb lepas.

Jika sabit kesalahan, dia yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.

Pegawai pendakwa Cif Insp R.Rukumar mencadangkan agar mahkamah membebaskan Wan Hazrul Anuar dengan jaminan sebanyak RM8,000 serta seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan kepada RM3,500 hingga RM5,000 kerana anak guamnya hanya berpendapatan sebanyak RM1,800 sebulan.

Tambahan pula, katanya, nilai kerugian dalam kes itu tidak terlalu banyak dan tidak melibatkan unsur jenayah yang berat.

Aizatul Akmal kemudian membenarkan Wan Hazrul Anuar dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kesnya selesai. BERNAMA

sumber: mStar online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: