Hadiah Daripada Hati



Saloma, Saliha sudah terjawab

Rap
TAHNIAH kepada Rusdi Ramli dan Vanidah Imran yang menang Pelakon Lelaki/Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), Sabtu lalu.

Watak lelaki yang punya naluri wanita dalam Waris Jari Hantu membawa tuah kepada Rusdi manakala wanita Melayu dicintai lelaki mat saleh dalam filem The Red Kebaya mendapat perhatian juri untuk mengiktiraf Vanidah menerima gelaran yang pastinya menjadi impian setiap pelakon.

Saya bukan mahu mengulas kejayaan mereka berdua di sini tetapi tertarik dengan pencarian dua produksi untuk menjayakan watak dalam filem dan teater mereka. Kedua-dua pencarian ini mendapat liputan meluas media terutama pencarian Saliha untuk filem Aduh Saliha.

Lebih-lebih lagi apabila pengarahnya, M Nasir mengambil masa setahun mencari Saliha dan akhirnya menemui gadis yang dicari apabila mengumumkan Puteri Sarah Liyana Megat Kamarruddin dalam sidang media, Selasa lalu.

Nampaknya Sarah menepati piawaian M Nasir selepas pelbagai nama disebut-sebut sebelum ini. Tetapi apabila pencarian Saliha terlalu lama membuatkan penemuannya kurang dinanti-nantikan. Malah ia juga di luar jangkaan hingga timbul kata-kata ingatkan hebat sangat gadis yang dicari.

Bukan mahu memperlekehkan Sarah tapi mungkin jangkaan orang terlalu tinggi apabila terlalu sukar untuk M Nasir menemui Saliha.

Berbeza dengan pencarian Enfiniti Production Sdn Bhd (EPSB) untuk watak utama teater Remy…Kisah P Ramlee yang sebelum ini dikenali sebagai My Name Is Remy. Siapa yang bakal memikul tugas sebagai Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma menjadi tanda tanya.

Harian Metro melalui artikel EPSB lamar Siti pada 27 Julai lalu membuat spekulasi beberapa nama yang mungkin membawa watak itu. Malah dilaporkan juga Penerbit Eksekutif EPSB, Datin Seri Tiara Jacquelina turut berminat membawa Datuk Siti Nurhaliza menjayakan pementasan terbarunya itu.

Sama ada watak utama sebagai Saloma atau mungkin watak lain kerana Siti dikatakan turut hadir menjalani uji bakat pada hari terakhir bengkel.

Bagaimana pun apabila saya bertemu Tiara ketika pelancaran restorannya, Borneo Rainforest Cafe pada hari sama, Tiara menafikan pihaknya ada melamar Siti. Mengenai kehadiran Siti ke bengkel untuk uji bakat, katanya Siti hanya singgah bertemu dengannya.

Kenyataan Tiara disiarkan 31 Julai melalui artikel ‘Siti hanya singgah jumpa Tiara’. Tapi saya seperti dapat rasakan ada sesuatu yang cuba dirahsiakan.

Lebih-lebih lagi apabila Siti turut hadir memeriahkan majlis pelancaran kafe Tiara bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa dan anak bongsu, Muhammad Aazief, 8. Sekali lagi Tiara mengatakan kehadiran Siti kerana suaminya, Datuk Seri Effendi Norwawi dan suami Siti berkawan baik.

Apabila sidang media mengumumkan barisan pelakonnya diadakan di tempat sama Rabu lalu, saya singgah untuk mengetahui siapa pilihan Tiara. Saya membuat tekaan watak P Ramlee milik Sean Ghazi dan Saloma (Liza Hanim). Malah cukup yakin nama Siti juga akan diumumkan salah seorang pelakonnya tetapi tidak pasti watak apa diserahkan kepadanya.

Kalau Siti setuju berlakon, mereka boleh rombak skrip dengan mewujudkan watak baru walaupun mungkin kemunculan Siti hanya sekejap.

Malam itu, memang benar nama Siti diumumkan memegang watak Azizah, wanita misteri yang dipuja P Ramlee hingga menghasilkan lagu Azizah.

Apabila ditanya pada Tiara, dengan senyum manis Tiara mengatakan Siti hanya memberikan pengesahan pada saat akhir beberapa jam sebelum pengumuman dilakukan.

Remy…Kisah P Ramlee berkisar kepada empat wanita dalam hidup P Ramlee, Azizah dan tiga isterinya, Junaidah, Norizan dan Saloma. Watak Junaidah diserahkan kepada anak saudara P Ramlee, Melissa Saila, Saloma (Liza Hanim) manakala Norizan belum dapat diumumkan.

Tidak pasti apakah calon yang mahu diumumkan itu menarik diri pada saat akhir atau belum memberikan pengesahan sehingga pengumuman diadakan.

Bagaimanapun daripada nama yang digelapkan dengan dakwat hitam, dapat dilihat nama penyanyi dan pelakon Ziana Zain.

Nampaknya watak Norizan bakal mengundang teka-teki lagi. Kalau bukan Ziana, siapa agaknya ya?

Kalau susah sangat, apa kata Tiara sahaja mengambil watak bekas isteri Sultan Perak itu yang sanggup meninggalkan istana kerana cintanya kepada P Ramlee?

sumber: harian metro online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: