Hadiah Daripada Hati



Penglibatan Siti seterusnya…

Penglibatan Siti seterusnya… PDF Print E-mail
Written by Siti Nurhaliza
Thursday, 16 August 2007
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini.Nampaknya ramai yang sudah merindui mesej daripada Siti, maafkan Siti kerana agak lama tidak menulis di sini. Biasalah bila Siti agak sepi itu maknanya banyak urusan yang harus Siti lakukakan namun ia tidak bermakna Siti melupai anda semua.

Alhamdulillah, sepanjang Siti tidak menulis di sini, Siti berpeluang ke beberapa acara di mana Siti dapat bertemu dengan peminat-peminat yang datang dari laman ini. Seronok juga melihat kehadiran peminat yang datang kerana ini bermakna anda masih memberi sokongan kepada Siti. Walaupun sekarang ini Siti agak jarang berpeluang bertemu dengan peminat tetapi kesempatan yang ada tidak dilepaskan. Cuma adakala Siti berharap peminat memahami jika Siti terpaksa bergegas ke tempat lain dan tidak dapat melayan anda dengan lebih lama. Siti pasti peminat-peminat Siti sudah maklum dengan perkara ini.

Mengenai perkembangan terkini, Siti pasti ada di antara anda yang sudah mengetahui Siti menyanyikan salah satu lagu runut bunyi dalam filem Kayangan iaitu Menanti Pasti. Video klipnya telah siap penggambarannya di Jakarta, Indonesia bulan lalu. Selain itu Siti juga turut menyanyikan lagu dalam filem terbaru Shuhaimi Baba, Hati Malaya. Rakamannya dan juga penggambaran video klip sudah siap dan InsyaAllah anda akan dapat mendengarnya nanti.

Mengenai album baru pula, barangkali ada perubahan dari segi konsep tetapi Siti akan khabarkan sedikit masa lagi. Sekarang ini Siti masih lagi memilih dan mencari material yang sesuai. InsyaAllah sepanjang Ramadhan nanti Siti akan sibuk di studio. Selain itu Siti juga akan sibuk di lokasi latihan teater muzikal Remy… Kisah P. Ramlee. Penglibatan Siti dalam teater muzikal ini hanya dalam beberapa babak sahaja dan Siti akan menyanyi. Walaupun ramai yang terkejut dengan persetujuan Siti membintangi teater ini tetapi memang Siti mengambil masa yang agak lama juga memikirkannya. Setelah ditimbangkan masak-masak barulah Siti bersetuju. Peranan Siti juga tidak besar dan Siti ingin mencuba sesuatu yang baru dan peminat boleh datang menontonnya nanti.

Sempena menyambut bulan kemerdekaan ke 50 tahun ini juga, Siti ingin mengajak semua peminat menghayati erti sebenar merdeka dan apakah yang telah kita sumbangkan kepada bangsa, agama dan negara. Tidak kira apa bentuk sumbangan sama ada kecil atau besar tetapi sebagai warganegara inilah peranan kita sebagai tanda mencintai negara ini. Sayangilah kemerdekaan yang telah diraih selama 50 tahun ini.

Sekian dahulu catatan kali ini. InsyaaLlah kita akan bertemu lagi.
Salam mesra selalu…
Siti Nurhaliza

Sumber: Sitizone.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: