Hadiah Daripada Hati



Datuk Siti atau Datuk Sili?

Kakak Tua: ‘Exploitasi’ dua penyanyi cilik dalam MyStarz, LG
22-08-2007 09:27:22 AM

BANYAK perkara yang menarik perhatian Kakak Tua ketika menyaksikan konsert MyStarz, LG minggu lepas. Antaranya ketika pengacara Naz tersasul menyebut ‘Datuk Sili’ apabila memperkenalkan Datuk Siti Nurhaliza, tangisan penyanyi cilik Emeer ketika ditegur oleh komposer Azmeer dan ‘kerakusan’ kritikan Azmeer.

Banyak-banyak perkataan, Naz boleh tersasul nama Siti. Isu tersasul ini perlu ditekankan mengenangkan betapa ‘serius’ ketersasulan yang telah dibuat itu. Kalau perkataan biasa tak apa lah juga. Ini tersebut ‘Sili’ yang bunyinya seakan ‘Silly’ yang membawa maksud ‘bodoh.’

Betul lah kata pepatah Inggeris, “A slip of the tongue is no fault of the mind.” Agaknya itulah yang berlaku ketika Naz begitu teruja memperkenalkan Siti. Walaupun Naz cepat coverup dengan berkata dia terpaku melihat kecantikan Siti namun kita tahu ucapan itu hanya sekadar menyedapkan hati.

Naz sepatutnya tidak ambil mudah kesilapan ini. Nasib baiklah Siti jenis yang tidak ambil hati, kalau artis lain tak tahulah….

Kedua episod ‘menyayat hati’ dan tangisan hiba seorang kanak-kanak cilik bernama Emeer. Sampai bengkak mata Emeer menangis sejurus Azmeer memberi kritikan yang TIDAK MEMBINA itu. Budak comel yang mempunyai bakat cemerlang dan diakui oleh banyak pihak termasuk pihak Istana Pahang tiba-tiba dikritik kerana mempunyai ‘suara kenak-anakan?’

Perasaan Emeer bergolak sebegitu rupa kerana kelancangan mulut Azmeer yang memberi komen syok sendirinya. Azmeer yang bersikap ‘Mat Over’ sepanjang konsert berlangsung menampakkan dirinya ‘begitu hebat’ sebagai komposer berpengalaman. Seolah-olah apa yang dicakapkan itu semuanya bernas dan boleh masuk akal….

Kata-kata “Kau tak boleh lawan abang Ijam atau suara budak yang azan kat surau rumah abang pun sama keanak-anakkan…. betul-betul out of context.” Seharusnya Pengetua dan tenaga pengajarlah yang patut diberitahu kerana mereka lebih arif ke mana hendak dibawa bakat Emeer itu.

Terkilan sungguh sikap Azmeer sebagai juri yang diundang untuk kali keduanya bagi menunjukkan ilmu penjuriannya. Komennya bukan saja bias tapi kasar dan tidak molek ditujukan kepada seorang budak sehingga Emeer menangis teresak-esak di belakang pentas.

Tapi yang bagusnya pula, pandangan one-track minded Azmeer terhadap bakat Emeer memberi implikasi negatif kepada Azmeer sendiri.

Komen Azmeer juga turut membuat juri seterusnya Siti terbantut untuk memberikan pendapatnya.

Bak kata Patrick Teoh sepatah, kenapa tidak eksploit dua perkara yang Emeer ada iaitu “Stage presence dan energy.” Memang tepat kata Patrick, pemilihan lagu Emeer SALAH. Bagi Kakak Tua pula, ianya tidak sesuai, tangkap muat, cuai atau ada strategi tertentu?

Pemilihan lagu yang tidak bijak dan teramatlah tidak kena dengan vocal range Emeer seperti Dealova adalah seperti memasang jerangkap samar. Kebetulan pula Emeer kurang sihat pada hari itu maka persembahan Emeer ‘below par.’

Komen Azmeer yang tidak kena gaya dan tempatnya memberi tekanan yang bukan sedikit kepada budak berusia 12 tahun itu. Kesihatan yang tidak memuaskan ditambah dengan pilihan lagu yang salah membuat persembahan Emeer sungguh tidak bertenaga sekali. Tidak seperti persembahannya di konsert yang lepas-lepas.

Tidak salah kalau membuat rumusan yang semua ini seolah-olah dirancang. Kenapa perlu bagi lagu sedemikian sedangkan sudah tahu kemampuan Emeer?

Bukan saja frust melihat ‘kekalahan’ Emeer, ramai yang kecewa mendengar kejutan yang kedua penyanyi cilik – Emeer dan Racel tersingkir hari itu. Bayangkan dengan sekelip mata saja, dua penyeri program MyStarz. LG terkeluar.

Bukan satu andaian tetapi realiti di mana ramai yang menonton program ini semata-mata untuk melihat Emeer dan Rachel beraksi. Juga untuk menyaksikan kehebatan bakat mereka dan melihat ketrampilan imej mereka pada setiap episod.


Wajah muram Rachel dan Emeer
(Foto LG)

Tapi itulah ‘mimpi ngeri’ yang dijanjikan oleh MyStarz, LG untuk dua kanak-kanak berbakat ini. Harapan untuk melihat dua permata ini digilap akan tinggal harapan sahaja kerana kelemahan sistem penjurian ilham pemikir baru program ini.

Penyanyi cilik Sabah, Rachel pula disuruh menyanyikan lagu Material Girl dalam bahasa Melayu. Sudahlah bunyinya janggal, kelincahan Rachel pula bagai dibuat-buat kerana rasa tidak selesa dengan lagu ini.

Sesiapa saja yang mendengar Rachel sebelum ini dan membandingkan nyanyiannya dalam episod kali ini sudah dapat mengagak yang pemilihan lagu ini juga satu kesilapan besar. Apa sebenarnya tujuan memberi lagu ‘bodoh’ (senikata Melayu pula) pada gadis cilik yang berbakat besar seperti Rachel?

Di awal kemunculannya Rachel telah membuat ramai terpegun dengan lagu Kris Dayanti yang dibawanya sehingga dua penerbit album dari syarikat antarabangsa melamarnya. Yang Emeer pula pernah membuat persembahan di bawah Orkestra Indonesia bersama-sama penyanyi Kris Dayanti dan Datuk Siti Nurhaliza di atas undangan Istana Pahang dan membuat puluhan ribu terpegun dengan persembahannya.

Kalau ukuran kehebatan Rachel dan Emeer ini masih tidak dapat meyakinkan para juri, maka makin terserlah lah kepincangan seluruh perjalanan sistem pembelajaran di MyStarz, LG.

Kesilapan-kesilapan beginilah yang ‘menguntungkan’ pesaing terdekat Emeer dan Rachel sehingga kesemua mereka berada di dalam keadaan selamat, iaitu pusingan final. Adakah ‘kesilapan’ pemilihan lagu ini dirancang?

Namun, hakikat yang perlu diterima oleh semua Emeer dan Rachel adalah permata yang perlu digilap dan tarikan utama MyStarz, LG. Nak harapkan yang lain belum tentu program suam-suam kuku ini akan maintain prestasinya seperti sekarang. Yang sedihnya, setelah berhempas pulas setiap minggu tiba-tiba saja undian kedua mereka merosot dan tersingkir. Agak terkejut juga kenapa pilihan SMS begitu mendadak menjunam?

Seakan satu eksploitasi membiarkan kedua penyanyi kecil ini berada di dalam MyStraz, LG sekian lama. Bila sudah sampai penghujung, mereka ‘diketepikan’ dan ‘tersingkir’?

Hari Ahad ini, Rachel dan Emeer akan berentap dengan tujuh orang pelajar lain dalam pusingan ‘wild card’ pula.

Harapan melihat kedua mereka mara ke final agak tipis. Ini kerana firasat Kakak Tua mengatakan yang Emeer dan Rachel sekadar memenuhi kuota untuk pusingan ‘wild card’ sahaja kerana yang akan dipilih bukan mereka.

Mungkin sudah ada calon favourite yang akan diketengahkan. Teori kedua Kakak Tua pula, kemungkinan besar juga sebagai ‘menebus dosa’ pada Emeer dan Rachel, hanya seorang saja antara kedua ini yang akan dipilih.

Kakak Tua tidak mahu membuat rumusan seperti tekaan pengacara Azwan Ali yang tanpa segan silu dan bangganya membahasakan dirinya ‘Mak Esah’ membuat andaian nujum Pak Belalang kononnya Badri atau Ijam akan terkeluar minggu lalu.

Confident sungguh ‘Mak Esah’ sampaikan Kakak Tua dengar jadi malu. Akhirnya apa yang dijangka tidak terjadi. Tapi mustahil ‘Mak Esah’ akan rasa malu kerana ramalan merapunya itu….

Ketika program Reflex di ntv7 pula sejurus setelah MyStarz, LG berakhir, bapa Emeer, Bakri tidak bersetuju Emeer tersingkir kerana pemilihan lagu yang silap seperti kata Patrick.

Bakri cuba menjaga hati dan berlapik cakap dengan berkata sebagai penyanyi, Emeer kena bersedia menyanyikan apa jenis lagu sekalipun. Rasanya itu semua cakap hendak ambil hati.

Hakikatnya berapa ramai penyanyi yang akan menyanyi lagu yang mereka suka? Dan Emeer walaupun kanak-kanak tidak terkecuali. Ramai yang terlupa bahawa tujuan asal MyStarz, LG bukan untuk mencungkil penyanyi versatile.

Masalah paling ketara program ini ialah formatnya yang bermacam ragam tak ubah seperti caca marba. Lagu-lagu yang diberi kepada sesetengah pelajar pula seperti sudah dirancang.

Hanya Emeer, Rachel dan beberapa pelajar sahaja tidak dibenarkan memilih lagu. Ini saja sudah cukup untuk membuat rumusan ada konspirasi untuk memilih pelajar favourit yang sudah dijamin tempatnya di pusingan akhir. Maka sebab itulah ada beberapa pelajar dengan mudah mendapat lagu-lagu yang memang makanan mereka.

Contohnya penyanyi kesukaan ramai Badri yang sudah tiga minggu mendapat gelaran “persembahan terbaik”. Bak kata juri tetap Patrick Teoh sepatah, “since the rest are so bad this week, you are the best among the worst…”

Dengan komen yang langsung tidak memberangsangkan itu, Badri masih layak mendapat persembahan terbaik minggu ini.

Bila sebut pasal Patrick Teoh, Kakak Tua paling suka cara juri tetap ini memberi komennya – paling konsisten, tidak bias, telus, adil dan ikhlas. Belum pernah lagi komen Patrick tidak tepat dan tidak dapat diterima kerana mungkin apa yang dikatakan datang dari hati dan tanpa ada kepentingan.

Patrick sendiri mengaku yang dia mempunyai ‘favourites’ namun itu tidak mengaburi matanya apabila memberi komen. Berlainan sekali dengan Siti yang cuba menjaga hati setiap pelajar dan memberi komen feel good.

Untuk pertama kalinya juga di saat-saat program MyStarz, LG akan menemui penghujungnya, pembuka konsert minggu lepas begitu bertenaga dan menghiburkan sekali.

Kesemua pelajar dilihat memberi persembahan yang begitu bertenaga dengan bermain alat-alat muzik sebagai pembuka tirai. Itulah klimaks yang ditunggu-tunggu oleh Kakak Tua selama ini.

Setelah teraba-raba selama berminggu-minggu akhirnya dapat juga mereka hit the right note. Itulah hasil kerja keras pengarah muzik Aubrey Suwito dan kesemua pemuzik yang bekerja keras memastikan konsert berjaya.

MyStarz, LG juga cuba menonjolkan kelainan di mana lagu tema Gemuruh yang dinyanyikan oleh Faizal One In A Million tiba-tiba kedengaran dalam bahasa Inggeris? Mungkinkah penukaran ini bertujuan untuk memberi acuan baru kepada program yang pernah diasaskan oleh penerbit asal, Jafni Abu Bakar atau Mat Jepp?

Walau apapun pembaruan atau kejutan yang akan diambil oleh MyStarz, LG selepas ini, program ini tidak mampu dan sudah jauh ketinggalan dengan program realiti lain.

Kakak Tua kasihan melihat kedua belas pelajar yang cukup besar bakat mereka ini seperti berada di dalam program yang salah…..right people in the wrong crowd.

Namun, di sebalik kekalutan dan kepincangan program ini, Aubrey masih gagah memberi corak dan hala tuju kepada kesemua pelajar walaupun dalam keadaan terdesak dan kesuntukan masa….

KAKAK TUA: Sudahlah ‘Tiang Seri’ dirobohkan, ‘Penyeri’ program Emeer dan Rachel pula dikeluarkan, apakah agaknya kesudahan MyStarz, LG ni?

sumber: mStar online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: