Hadiah Daripada Hati



Siti dan paparan kebahagiaan

Siti dan paparan kebahagiaan

Minggu lalu banyak orang bercakap tentang hal ini. Nampaknya meriah benar sambutan ulang tahun pertama perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Jiwa.

Senyuman manis tak lekang dari bibir kedua-duanya yang masih lagi dalam suasana bulan madu. Majlis meraikan ulang tahun ini dibuat di sebuah hotel mewah hujung minggu lepas.

Yang datang pun mewah-mewah belaka nampaknya. Siti serta Datuk K berusaha untuk berkongsi rasa bahagia dan gembiranya dengan khalayak di majlis berkenaan.

Memang banyak yang cakap selepas berkahwin Siti Nurhaliza banyak berubah. Berubah kepada kehidupan yang kelihatan lebih mewah. Sesuai dengan gelaran ‘kaya dan ternama’ yang disandang oleh Siti dan suaminya sekarang.

Selain sudah tidak ‘malu-malu’ memaparkan kemewahan dari hujung rambut ke hujung kakinya, barangan berjenamanya ke sana sini, Siti juga mahu berkongsi kehidupan bahagia dengan semua orang di majlis berkenaan.

Pancaindera harap agar kebahagiaan itu akan kekal sampai ke bila- bila. Sepuluh tahun akan datang, tentunya pasangan ini akan meraikan ulang tahun satu dekad perkahwinan mereka.

Kalau ulang tahun pertama sudah semeriah itu, bagaimana agaknya sambutan ulang tahun satu dekad perkahwinan mereka. Pancaindera menantikan saat-saat itu, ulang tahun perkahwinan Siti dan Datuk K yang ke-10 tahun, 20 tahun dan seterusnya macam ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 ini.

sumber: utusan malaysia online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: