Hadiah Daripada Hati



Cerita Ramadan Siti Nurhaliza

Cerita Ramadan Siti Nurhaliza

Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

SITI bersama Olay Total Effects terbaru yang memberi rawatan anti penuaan terhadap wajahnya.

DALAM diam tak diam, 1 Ramadan sudah mula disambut oleh umat Islamsemalam. Sekali gus itu juga, penyanyi nombor satu negara, Datuk SitiNurhaliza Tarudin, menyambut Ramadan untuk tahun kedua sebagai seorangisteri.
Jika hendak dibandingkan tahun lepas ketika dia masih lagi barumenjadi isteri kepada usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, sudahpastinya, kali ini penyanyi berdagu lekuk itu sudah arif mengenaipersiapan menyambut Ramadan.
“Menyambut puasa sebagai isteri tahun lepas memberi satu pengalamanbaru buat diri saya dan sudah menjadi satu kebiasaan kini bagi sayauntuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa.
“Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada kedua ibu dan ibu mertuasaya, dapatlah kini saya menyediakan dan memasak sendiri juadah untukberbuka puasa. Bukan pandai sangat pun, cuma untuk makan-makan sendirisahaja. Dulu, masa bujang, masak pun ala kadar saja. Sekarang bila dahberumah tangga, semuanya berubah,” jelas Siti ketika ditemui selepasmajlis pelancaran produk Olay Total Effects terbaru, malam Selasa lalu.
Jelas Siti, antara hidangan yang dikira ‘wajib’ untuk berbuka puasaadalah sambal udang petai, ikan masin, ikan patin tempoyak sertaulam-ulaman yang menjadi kegemaran suaminya.
“Namun, saya belajar juga untuk memasak kari dan asam pedas bagimempelbagaikan juadah berbuka. Saya jarang membeli di pasar Ramadanmelainkan kuih-muih dan hidangan yang teringin dimakan seperti ayampercik. Lagipun, ibu mertua saya suka jika berkumpul ketika waktuberbuka dan sama-sama menikmati hidangan,” katanya yang anggunmengenakan busana hitam rekaan Khoon Hooi pada malam itu.
Untuk bersahur pula, Siti menjelaskan, hanya sekadar roti dan susu menjadi pilihannya dan juga suami.
“Mengenai sembahyang terawih pula, sudah pasti saya tidak akanmelepaskan peluang mengerjakannya. Itu pun jika saya tidak mempunyaisebarang aktiviti seni pada waktu malam. Selalunya saya akan ke masjidberhampiran dengan rumah,” ujar Siti yang baru sahaja dinobatkansebagai Vokal Wanita Pilihan buat kali kelima pada Anugerah Era 2007lalu.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, ramai yang tahu, Siti Nurhalizapasti akan mengerjakan umrah pada bulan mulia itu.

Bagaimana pula tahunini?
“Tahun ini, saya tidak mengerjakan umrah kerana saya kini sibukdengan latihan teater muzikal, Remy…Kisah P. Ramlee (RKPR) dan jugaakan memasukkan vokal untuk rakaman album pop saya tidak lama lagi.Lagipun, saya sudah mengerjakan umrah bulan Mei lalu,” jelasnya yangjuga duta produk Pantene.
Teater dan album baru
Watak Azizah yang menjadi miliknya dalam teater muzikal RKPRterbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd., bakal menjadi penanda arasbuat penyanyi jelita ini di dalam bidang lakonan.
Untuk memastikan watak Azizah kelak meninggalkan kesan di hatipenonton dan peminatnya, kini dia giat menjalani latihan di bawahpengarah teater berkenaan, Adlin Aman Ramlie dan Zahim Al-Bakri.
“Saya sudah menjalani latihan sejak bulan lalu. Lagipun, watakAzizah tidak banyak di dalam teater ini, jadi bukan setiap hari sayaakan jalani latihan.
“Dalam seminggu, dua kali saya akan ke lokasi latihan bersamapengarah dan pelakon. Namun, kini latihan makin giat dilakukanmemandangkan pementasannya pada 19 Oktober nanti,” jelas wanitakelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini lagi.
Selepas lahirnya album Transkripsi, Siti ada mengatakan mahumenerbitkan pula album tradisional selepas lima tahun tidak melahirkanalbum bercorak sedemikian. Kali terakhir adalah album Sanggar Mustikapada tahun 2002.
“Masalah saya sekarang adalah material untuk album tradisional tidakmencukupi tetapi material untuk album pop pula yang banyak saya terima.Mahu tidak mahu, saya akan teruskan dengan rakaman album pop. Konsepnyamasih seperti yang saya lakukan untuk Transkripsi. Insya-Allah,sepanjang bulan puasa ini saya akan rakamkan album itu dan akan beradadi pasaran selewatnya sebelum hujung tahun,” kata Siti yang turutmeminta lagu dari komposer dan penyanyi Indonesia, Katon Bagaskara.

Penyanyi lagu-lagu filem
Sebelum ini, Siti Nurhaliza pernah menyanyikan lagu untuk filemLaila Isabella (2003), Paloh dan Puteri Gunung Ledang (2004)masing-masing menerusi lagu Untuk Selamanya, Tetap Di Sini dan BagaikanSakti yang menyaksikannya berduet dengan M.Nasir.
Tahun ini, dia telah menyumbangkan suara lemak merdunya itu untuklagu yang dimuatkan dalam dua buah filem iaitu Kayangan dan 1957: HatiMalaya.
Untuk Kayangan, dia telah mengalunkan lagu ciptaan Ajai, MenantiPasti manakala untuk 1957: Hati Malaya pula, dia merakamkan lagu Hatihasil ciptaan Sharon Paul.
Ini merupakan kali pertama pemenang Vokal Wanita Terbaik AIMsebanyak lapan kali itu menyumbangkan vokalnya untuk filem arahanShuhaimi Baba.
“Sebelum ini, Shuhaimi Baba banyak kali menawarkan saya menyanyilagu untuk filemnya termasuk Waris Jari Hantu namun, saya tidakberkesempatan kerana terikat dengan komitmen lain. Jadi, apabila diberipeluang merakamkan lagu Hati, saya terima kerana tertarik dengan melodidan liriknya.
“Saya menyanyikan lagu Hati dengan penuh penghayatan dan semangatselepas diberi sedutan filem itu oleh Shuhaimi Baba. Daripada situ,saya meletakkan diri saya di dalam filem itu dan menghayati sepenuhnyauntuk lagu Hati,” katanya teruja.

Setia bersama Olay
Bercerita tentang Olay, Siti menjelaskan dia begitu tertarik denganOlay Total Effects (OTE) terbaru yang memberikan kesan yang singkatpada wajahnya.
“Pada mulanya, apabila mereka memberi sebotol OTE yang baru untukdicuba, saya enggan menerimanya kerana sudah berpuas hati dengan OTEyang sedia ada.
“Setelah mencuba, dapat dilihat perbezaan pada wajah saya berbandingOTE yang lama dan baru ini. Yang lama, ia menentang tujuh penandapenuaan tetapi yang baru ini, ia memberikan rawatan kepada antipenuaan,” kata Siti yang enggan menjelaskan jumlah bayaran yangditerimanya bagi menyambung kontraknya bersama Olay untuk tahun kedua.
Tambah Siti lagi, dengan aktiviti seni yang tiada berpenghujung,menyebabkan dia sedar, bahawa dia perlu menitikberatkan kecantikandirinya dan dengan itu, dia mempercayai OTE mampu membantunya.
“Ada sekali, selepas bercuti di Indonesia, saya perlu bergegas keBangkok, Thailand untuk menjalani penggambaran iklan untuk Olay.Bayangkan, betapa penatnya saya ketika itu. Bagaimanapun, OTE mampumembantu saya dalam memberi rawatan kepada muka saya. Malah, OTE inijuga boleh digunakan oleh kaum lelaki,” jelas Siti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: