Hadiah Daripada Hati



Siti terus ungguli vokal @ kali kelima pada Anugerah Era 2007 (AE 2007)

Siti terus ungguli vokal @ kali kelima pada Anugerah Era 2007 (AE 2007)

Siti terus ungguli vokal

 

Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

GENTING HIGHLANDS 8 Sept. – Vokal penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terus diiktiraf apabila memenangi kategori Vokal Wanita Pilihan buat kali kelima pada Anugerah Era 2007 (AE 2007) di sini malam ini.

Kemantapan vokalnya itu berjaya mengalahkan empat calon lain iaitu Farhan, Mila, Velvet serta pemenang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM-14), Jaclyn Victor.

Penyanyi yang kini sibuk dengan latihan teater muzikal, Remy …Kisah P.Ramlee itu tidak menyangka kemenangan akan berpihak kepadanya.

“Saya sendiri tidak menyangka akan menang meskipun hanya tercalon dalam dua kategori. Inilah yang dinamakan rezeki. Apa pun terima kasih kepada semua peminat saya yang setia menyokong saya dari dulu sehinggalah sekarang,” kata Siti Nurhaliza lagi.

Namun, Siti yang juga tercalon dalam kategori Lagu Pop Pilihan menerusi lagu Pastikan tewas di tangan juara Akademi Fantasia Kelima (AF5), Mila, yang memenangi kategori tersebut untuk lagu Persis Mutiara.

Malah, Mila juga dinobatkan sebagai Artis Harapan Pilihan, mengalahkan calon-calon lain iaitu Diddy, Ebi, Faizal Tahir dan Fiq.
Sementara itu, Mawi yang hanya tercalon untuk empat kategori kali ini hanya berpuas hati apabila memenangi tiga kategori iaitu Lagu Nasyid Pilihan; Al-Jannah, Video Muzik Pilihan; Langit Biru dan kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan bersama Jamal Abdillah.

Pengarah filem Aduh Saliha, M.Nasir turut dipilih menerima anugerah Vokal Lelaki Pilihan dengan menewaskan Akhil Haay, Diddy, Faizal dan Yazer. Ini juga merupakan kemenangan kedua penyanyi itu setelah pertama kali memenanginya pada tahun 2001.

Kumpulan Alleycats pula menerima Anugerah Seni Era di atas penglibatan dan sumbangan mereka selama 39 tahun dalam dunia seni tanah air.

‘‘Inilah kali pertama Alleycats memenangi anugerah. Perjalanan kami bukanlah semudah yang disangka.

‘‘Semuanya hasil usaha dan kerja keras kami selama ini,’’ kata penyanyi utamanya, David Arumugam.

Pemenang lain ialah Samson (Anugerah Carta Era), Spider (Band Pilihan), Point Blanc dan Jaclyn Victor, (Artis Inggeris Tempatan), Nafas Cahaya-Misha Omar (Irama Global Pilihan), Mahakarya Cinta-Faizal Tahir (Lagu Rock Pilihan), dan Jangan Pandang Belakang (Pilihan Kaki Wayang),

Malam anugerah itu turut diserikan dengan persembahan oleh Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Diddy, Jinbara, Vince, Misha Omar dan Andy Flop Poppy serta persembahan dari kumpulan Indonesia, Kerispatih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: