Hadiah Daripada Hati



Sitizone

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. SalamRamadhan, bulan penuh keberkatan, keampunan dan kemuliaan. Semoga kitasemua umat Islam dapat menunaikan kewajipan berpuasa dengan sabar danpenuh keinsafan, InsyaAllah.

Alhamdulillah, bulan puasa ini walaupun kita terpaksa menahanlapar dan dahaga tetapi tanggungjawab dan rutin seharian harusditeruskan. Barangkali Siti boleh mengambil kesempatan di sini untukberkongsi dengan anda apa yang Siti lakukakn pada bulan puasa ini.Sebagaimana yang anda sedia maklum, Siti akan terlibat dalam pementasanteater muzikal My Name Is Remy bermula 18 Oktober sehingga 3 Novembernanti. Sekarang ini waktu Siti banyak dihabiskan dengan mengadakanlatihan nyanyian dan sedikit lakonan. Walaupun peranan Siti tidaklahsebesar mana tetapi Siti juga mahu tampilkan yang terbaik kerana inilahpembabitan pertama Siti dalam pementasan sebegini. Setakat ini semuanyaberjalan lancar dan dari sehari ke sehari Siti akan cuba memperbaikikelemahan.
Selain sibuk dengan latihan teater, Siti juga akan masukstudio untuk rakaman album pop terbaru. Siti berharap anda memahamikerana Siti terpaksa menangguhkan penerbitan album tradisionalmemandangkan hampir satu tahun setengah mengumpul material tetapi iamasih tidak mencukupi. Bagi Siti biarlah hasilnya mendatangkan suatuimpak yang baik dan penangguhan ini bukan disengajakan malah mahu terusberusaha mendapatkan material yang terbaik. Mengenai album pop pula,InsyaAllah sebagaimana album-album sebelum ini, sudah pasti Siti akanterus mempersembahankan yang terbaik buat industri dan peminat semua.Siti akan gabungkan semua citarasa dalam album ini dan tidak tertumpukepada satu golongan sahaja.

Selain perkembangan album pop ini, Siti juga telah siap merakamkansebuah lagu raya yang berjudul Bulan Kedamaian, ciptaan Yasin. Lagu inijuga sudah Siti siapkan video klipnya. InsyaAllah anda akan dapatmendengar lagu ini di radio tidak lama lagi. Walaupun tidak dipasarkandalam bentuk album tetapi anda boleh memiliki lagu ini menerusi langganan di 33777 (di bawah SN Mobil Sdn. Bhd.) Pengumuman tentang iniakan Siti buat sejurus selepas sistemnya diaktifkan kerana sekarang inimasih dalam percubaan. InsyaAllah dalam waktu yang terdekat ini andadapat memiliki lagu tersebut secara penuh dan juga dalam bentukringtone.

Mengenai kontroversi majlis ulangtahun perkahwinan Siti dan suami yangdisiarkan di TV3, Siti menerima pandangan dan komen dengan hatiterbuka. Namun jauh di sudut hati Siti dan suami tidak berniat langsungmahu menunjuk-nunjuk kebahagiaan kami ataupun riak. Siti dan suamimengadakannya sempena ulangtahun perkahwinan yang pertama, mungkinmemberi makna yang tersendiri dan kami berkongsi dengan banyak pihakyang telah bertungkus lumus membantu majlis kami setahun yang lalu.Keluarga, sanak saudara, sahabat handai, media, peminat dan ramai lagiadalah di antara tetamu yang diraikan termasuklah TV3. Stesen tv initelah menyiarkan majlis perkahwinan kami pada tahun lalu secaralangsung dan mungkin kesinambungannya diadakan program ulangtahuntersebut dan ia di luar bidang kuasa Siti dan suami. Bukan TV3 sahajayang kami undang malah pihak media elektronik lain juga dijemput.Mengenai liputan yang mereka buat atau apa programnya tentulah di luarkuasa Siti.

Mungkin pihak TV3 mahu berkongsi dengan penonton yang tidak dapat kemajlis itu ataupun dengan peminat-peminat saya tetapi Siti tidakmenyangka ia menjadi satu perkara yang diperkatakan. Siti mohon maafjika ia tidak menyenangkan hati sesetengah pihak tetapi Siti dan suamitidak berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Setakat ini dahulu bicara Siti kali ini. InsyaAllah bertemu lagi dalam catatan seterusnya.
Salam sayang buat semua.

source : www.sitizone.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: