Hadiah Daripada Hati



Siti bersama kanak_kanak kurang upaya

Beginikah rupa Waheeda 40 tahun akan datang?

Dia sering merayau-rayau di tengah kesesakan ibukota. Kelihatan begitu melarat. Pada wajahnya tersirat kehidupan yang dibendung kesunyian. Itulah Waheeda, 40 tahun akan datang yang digambarkan oleh Nas Ahmad melalui program Setahun Sekali di TV3.

Melalui program itu, penyanyi berusia 29 tahun yang popular dengan lagunya Wassini ini akan menemui kaca televisyen anda pada Hari Raya pertama, pukul 5.00 petang.

Rancangan selama satu jam setengah itu akan memaparkan 10 segmen yang bakal menarik perhatian penonton.

Menurut Nas yang juga wartawan dan penolong penerbit Melodi (siaran TV3) itu, “Segmen Waheeda beraksi sebagai seorang nenek dan dibiarkan merayau di tengah Kuala Lumpur adalah sebagai suatu refleksi kepada artis popular masa kini.

“Bagaimanakah nasib seorang artis popular bila mereka tua nanti? Masihkah ramai yang mengenalinya? Masih adakah yang sudi datang mendapatkan tandatangan dan bergambar dengannya? Semua itu akan terjawab bila anda menonton Setahun Sekali,” kata Nas.

Rakaman segmen Waheeda tua telah dibuat di sekitar jalan Masjid India, Kuala Lumpur kira-kira seminggu sebelum bulan puasa yang lalu. Dua buah kamera tersembunyi digunakan untuk rakaman segmen ini.

Gelagat spontan

Bermacam gelagat spontan orang ramai dirakamkan bila Waheeda menyapa mereka dan meminta pertolongan. Ada di antara mereka yang melarikan diri, enggan melayan, ada yang memberi sedekah, malah ada juga yang kasihan lalu menjemputnya duduk di kerusi sebuah pusat membeli belah.

Untuk rakaman segmen ini Waheeda telah disolek oleh Sharon Oii – juru mekap berpengalaman TV3. Sharon hanya mengambil masa kurang dari sejam untuk merubah wajah muda artis popular ini menjadi seorang nenek berusia sekitar 70-an. Rakaman segmen ini telah diselenggarakan selama tiga jam.

Antara segmen lain yang dipaparkan ialah Mawi menziarah pusara ahli keluarganya, seorang artis popular membuat kejutan dengan datang berhari raya di rumah salah seorang peminatnya dan Datuk Siti Nurhaliza menemui dan bermesra kanak-kanak sindrom down.

“Secara keseluruhan, tarikan utama Setahun Sekali adalah paparan cebisan kisah gembira, sedih dan lucu artis-artis menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Nas.

Antara artis-artis lain yang turut menjayakan Setahun Sekali ialah Noraniza Idris, Datuk Shake, Ina Naim & Suhaimi, kumpulan Kristal, Azean Irdawaty, Fasha Sandha, Datuk Aziz Sattar, Edruce, Hans Isaac, Mila dan Maya Karin.

Setahun Sekali bukan sahaja meletakkan Nas Ahmad sebagai penerbit, tetapi juga sebagai pengarah, penyunting, penulis skrip dan jurukamera.

Setahun Sekali dihoskan oleh Faizal Ismail – DJ popular dari radio Hot FM.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: