Hadiah Daripada Hati



Rumah RM1 juta Siti dan Datuk K

Majalah Hai yang berada di pasaran mulai semalam bukan main eksklusif memaparkan gambar-gambar menarik rumah Datuk Siti Nurhaliza dengan suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).

Pengarang Hai, Huzz beritahu Niezam, bukan senang nak siarkan gambar-gambar di dalam rumah Siti dan suaminya itu kerana dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk memujuk Datuk K.

Yang lebih menggembirakan selepas ‘cair’ dengan pujukan Huzz itu, akhirnya Datuk K sudi secara eksklusif untuk membenarkan gambar-gambar di dalam rumah mereka yang bernilai RM1 juta itu disiarkan.

“Banyak barangan berharga terdapat di dalam rumah Siti dan kebanyakannya dari Itali. Datuk K sendiri yang membuat hiasan dalaman rumah mereka,” cerita Huzz.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rumah dan kebahagiaan yang dikecapi Siti, bolehlah mendapatkan Hai terbaru keluaran Hari Raya yang tengah laris di pasaran sekarang ini.

Sementara itu majalah URTV keluaran raya pun banyak memaparkan cerita dan gambar-gambar menarik.

Kata Pengarangnya Rosli Manah, paling kelakar cerita Dafi (AF5) gigit gelas di rumah orang. Kenapa pula tu ya? Abang Rosli tak bagi duit raya kut tu?

Kisah sedih pula mengenai pengalaman Ebi beraya di dalam gelap dan Noni menyambut raya di sebuah bangsal.

Ada juga kisah menarik pasangan kekasih Ashraf dan Bunga yang akan beraya bersama.

NIEZAM: Tetap tak lupa pengalaman bekerja dengan Juwie, Huzz, Zeha dan arwah Sadhana di majalah Mangga

sumber: utusan malaysia online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: