Hadiah Daripada Hati



Bukan mudah menjadi P.Ramlee!

19-10-2007 03:46:30 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

BUKAN mudah menjadi P.Ramlee. Itulah yang dapat diluahkan setelah menonton teater muzikal P.Ramlee yang membuka tirainya pada malam semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Muzikal yang dipersembahkan selama dua jam itu menceritakan perjalanan hidup, kisah cinta dan sumber inspirasi Allahyarham P.Ramlee sebelum dan semasa beliau bergelar anak seni.

Babak Norizan dan P.Ramlee adalah antara babak yang memberi impak kepada penonton (Foto The Star oleh Ricky Lai)

Diakui tidak banyak pendedahan tentang kisah beliau yang sentiasa menjadi pujaan ramai terutama kegilaan kaum wanita yang mengimpikan lelaki sehebatnya.Bermula daripada kisah cintanya yang terhalang dengan Azizah dan kemudian berkahwin dengan Junaidah.

Akibat cemburu dan kurang mendapat perhatian daripada anak kelahiran Pulau Pinang ini, Junaidah minta diceraikan dan perkahwinan kedua berlangsung pula dengan Norizan.

Perkahwinan kedua mereka gagal bertahan  menyebabkan Norizan diceraikan. Akhirnya Saloma menjadi wanita terakhir di dalam hidup insan yang digelar Remy ini.

Jika diamati betul-betul, perasaan kasihan terhadap P.Ramlee juga terdetik dihati apabila menonton muzikal yang menampilkan Sean Ghazi selaku P.Ramlee, Datuk Siti Nurhaliza sebagai Azizah, Atilia berjaya melakonkan watak Junaidah dan dituruti Melissa Saila dalam jelmaan Norizan serta Liza Hanim yang menghidupkan watak Saloma.

Melalui 31 buah lagu yang dinyanyikan, kebanyakan lagu yang lebih berentak moden dan kontemporari ciptaan Adlin Aman Ramlie dan Dick Lee itu. Tidak banyak lagu ciptaan P.Ramlee yang dipersembahkan.

Tatkala mendengar lagu-lagu seperti Azizah, Engkau Laksana Bulan dan Di manakan Ku Cari Ganti, lagu-lagu ciptaan P.Ramlee itu mengabadikan rasa cinta P.Ramlee terhadap Azizah yang menjadi inspirasinya ketika mencipta lagu.

Walaupun mereka berdua tidak berjaya disatukan secara zahirnya namun jelmaan Azizah boleh dikatakan sebagai irama manakala P.Ramlee menjadi lagunya.

Di dalam ilusi P.Ramlee, Azizah hidup dan sentiasa berada disisinya sehingga beliau mengilhamkan kisah cintanya yang terhalang dengan Azizah dalam filem pertama arahannya, Penarek Becha.


‘Teaser’ melalui penampilan Saloma dan P.Ramlee sebagai permulaan
babak dalam muzikal P.Ramlee

Menyentuh tentang lakonan tunggak utama muzikal di bawah arahan Adlin ini, mereka berjaya menghayati watak masing-masing dan yang paling berkesan adalah watak yang dilakonkan oleh Melissa Saila, Liza Hanim dan sudah tentu Sean Ghazi sendiri.

Kelemahan yang wujud dari segi teknikal seperti audio dan sarikata bahasa Inggeris yang kadangkala memudarkan semangat penonton boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang memandangkan ia pertama kali dipersembahkan.

Muzikal yang diterbitkan oleh Enfiniti Productions dengan kerjasama kumpulan Berjaya dan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ini dimulakan dengan cuitan yang biasa sahaja melalui penampilan P.Ramlee dan Saloma setelah berumahtangga dan seterus menceritakan kisah silam P.Ramlee.

Selain itu, permulaan kredit nama-nama pelakon agak menarik perhatian ibarat menonton wayang dahulu kala.


Latar set dan ‘props’ yang menarik perhatian penonton

‘Props’ yang digunakan berjaya menghidupkan gambaran di dalam perjalanan hidup P.Ramlee seperti rumah-rumah kedai yang terdapat di Pulau Pinang, keretapi yang membawa seniman agung ini ke Singapura dan banyak lagi yang begitu mempesonakan setanding dengan kredibiliti pelakon yang hebat.

Pakaian dan bahasa yang dituturkan dalam muzikal ini juga melambangkan pelbagai budaya yang berada di Pulau Pinang dan tidak ketinggalan babak yang memaparkan hari Raya.

Kisah hidup wartawan pada zaman itu juga dikaitkan dalam hidup P.Ramlee yang tidak lari dari menjadi buruan paparazzi.

Nampaknya wartawan dahulu dan sekarang tidak banyak bezanya dari segi membuat spekulasi tetapi diakui mereka lebih berani, telus dan pandai ‘menghidu berita’ sehingga memecahbelahkan rumahtangga P.Ramlee.


Adegan Keretapi yang membawa P.Ramlee dari Pulau Pinang
ke Singapura

Secara keseluruhannya, segmen kedua lebih memukau penonton berbanding segmen pertama kerana tepukan yang gemuruh selalu diberikan dan mereka seolah-olah seronok

 

menyaksikan keletah Norizan dan Saloma yang bercanda dengan P.Ramlee.Menurut penonton Kim, 23, beliau memuji ‘props’ dan latar set yang digunakan dalam muzikal tersebut tetapi masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki.

Empat wanita dalam hidup P.Ramlee“‘Props’ yang digunakan menarik dan latar set yang agak berwarna-warni. Audio kurang baik kerana saya kurang mendengar dengan jelas dialog dan lagu yang dinyanyikan.

“Selain itu, saya berasa kecewa kerana tidak dapat mendengar lebih banyak lagu P.Ramlee.

“Dari segi skrip mempunyai stail tersendiri. Ada babak yang bosan dan ada juga yang menyeronokkan,” komen Kim yang menggemari babak permulaan yang memaparkan suasana kampung serta interaksi antara penduduk.


Watak kanak-kanak juga berkesan dan memaparkan pelbagai budaya

Manakala Maznah Mazlan, 50 datang menonton muzikal tersebut disebabkan keinginan untuk mengetahui kisah hidup P.Ramlee dengan lebih mendalam.

“Saya rasa berbaloi dengan mengeluarkan RM50 untuk menonton muzikal ini kerana ia memberi pengertian dalam kehidupan berumahtangga mahupun kerjaya.

“Lagipun saya menggemari semua lagu P.Ramlee yang tiada tolok bandingannya,” kata Maznah yang paling tertarik dengan babak P.Ramlee bersama Norizan.


Antara babak yang memukau penonton dengan set berwarna-warni

P.Ramlee The Musical..The Life, The Loves & The Inspiration

Tan Sri P.Ramlee telah mengabadikan hayatnya berkecimpung di dalam dunia seni semenjak belasan tahun lagi.

Bermula di Pulau Pinang, beliau menerusi lagu ciptaannya ‘Azizah’ telah membuka mata B.S.Rajhan dan Shaw Brothers untuk menawarkannya menjadi artis rakaman suara (playback singer) di Studio Jalan Ampas, Singapura.


Azizah sebagai inspirasi Ramlee ketika mencipta lagu

Penghijrahan beliau ke sana telah membuka lembaran hidup baru untuk menceburi bidang perfileman secara langsung.

Perjalanan kerjaya di Singapura telah meletakkan beliau sebagai seorang seniman serba boleh, menyanyi, mencipta lagu, menulis lirik, lakonan, penulisan skrip dan pengarah filem dan seterusnya dianggap sebagai penghibur dan seniman yang teragung di rantau ini.


Babak yang memaparkan P.Ramlee sebagai pengarah dalam filem
sulungnya Penarek Becha

Liku hidupnya ditempuh dalam era peralihan pada pertengahan tahun 60-an yang bermula di Singapura dan berakhir dengan era kejatuhan pada awal tahun 70-an di Kuala Lumpur.

Seluruh perjalanan kerjaya beliau dikongsi bersama tiga orang wanita yang menjadi pasangan hidupnya iaitu Junaidah isteri pertama, Norizan kedua dan Saloma yang meniba kematiannya.

Aksi yang mencuit hati penonton dalam babak P.Ramlee bercanda dengan Saloma

Dari situ tersingkap penceritaan nostalgia tentang seorang Seniman Agung bernama P.Ramlee yang juga bernama Remy.

Antara pelakon yang turut menjayakan muzikal ini adalah Douglas Lim (Runme Shaw), Ched Eddie Yusoff (Sukardi), Joseph Gonzales (B.S Rajhan), pelakon kanak-kanak Mikhail Merican (P.Ramlee waktu kecil) dan kumpulan Infinatez (paparazzi).


Liza Hanim jelmaan Saloma

“P.Ramlee The Musical..The Life, The Loves & The Inspiration” mula dipentaskan pada 18 Oktober hingga 3 November ini di Istana Budaya.

 Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200 boleh didapati dengan menghubungi 03-20911666 atau tempahan secara online dengan melayari laman web www.ticket2u.biz.

sumber: mStar online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: