Hadiah Daripada Hati



Hajat Siti Nurhaliza temui Hui Yee tidak kesampaian

 
 

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Hajat penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengunjungi penerima jantung baru, Tee Hui Yee bagi memenuhi impian gadis itu di Institut Jantung Negara (IJN) semalam, tidak kesampaian.

Menurut pengurus penyanyi itu, Rozi Abdul Razak, Siti tidak berpeluang melawat Hui Yee kerana remaja itu masih berada di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN dan tidak dibenarkan menerima tetamu.

“Semalam, Siti mempunyai masa terluang pada sebelah petang dan sedang bersiap untuk melawat Hui Yee sehinggalah kami mendapat panggilan telefon dari IJN yang mengatakan Hui Yee masih belum boleh menerima tetamu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Selain peserta Akademi Fantasia 4, Lotter, Hui Yee sebelum ini menyatakan hajatnya untuk menemui Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi kesayangannya apabila sembuh kelak.

Rozi berkata, apabila mengetahui hajatnya itu, Siti sentiasa mengambil tahu perkembangan kesihatan Hui Yee dan ingin memenuhi hajat remaja itu.

“Tetapi nampaknya belum kesampaian selagi Hui Yee masih berada di ICU,” katanya.

Sementara itu Penyelaras Pemindahan Jantung dan Paru-paru IJN, Noor Salina Othman berkata, kesihatan Hui Yee semakin bertambah baik dari hari ke hari.

“Walaupun begitu, Hui Yee masih perlu berada di ICU sehingga satu tempoh yang belum dapat dipastikan lagi.

“Selagi di ICU, Hui Yee belum boleh menerima kedatangan tetamu kecuali ahli keluarga terdekat,” katanya.

Menurutnya lagi, Hui Yee kini sudah mampu berjalan dengan alat bantuan dalam sesi terapi fizikal.

“Dia boleh menapakkan kaki dan berjalan secara perlahan-lahan, semua ini dilakukan supaya Hui Yee kembali bertenaga dan sihat,” katanya.

Ibu Hui Yee, Dina Bato Sam Bua ketika dihubungi sedang menyuapkan anaknya itu dengan sekeping roti bersapu jem dan mentega untuk minum petang.

“Selera Hui Yee begitu baik, apatah lagi apabila disuapkan oleh saya sendiri, kadang kala bertambah,” katanya.

sumber : Utusan Malaysia online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: