Hadiah Daripada Hati



Masuk Studio dan Muzik Muzik…


Written by Siti Nurhaliza
Tuesday, 06 November 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih lagi berada dalam bulan Syawal, kita sibuk mengadakan rumah terbuka, menziarahi teman dan saudara mara dan juga meneruskan kerja seharian seperti biasa. Lega. Alhamdulillah, pementasan teater baru saja habis dan Siti dapat bernafas seperti biasa semula. Hambatan waktu sewaktu menjayakan teater P.Ramlee The Musical benar-benar terasa dan sekarang ini Siti gembira kerana sekurang-kurangnya dapat menimba pengalaman dan berkenalan dengan ramai pihak yang menjayakan produksi tersebut. Segalanya berjalan dengan baik dan berakhir juga dengan baik.Terima kasih kepada peminat yang sudi datang menonton dan memberi sokongan atas pengalaman pertama Siti ini.

Album yang tertangguh harus diselesaikan. Siti kembali ke studio menyiapkan rakaman vokal dan Alhamdulillah semuanya sudah diatur dengan baik. Siti mengharapkan satu hasil yang terbaik dan juga mahu album kali ini bukan dibanding-bandingkan dengan yang terdahulu. Setiap hasil atau produk terbaru adalah berbeza sama ada konsep, hala tuju atau matlamat dan album kali ini Siti hasilkan sesuai dengan diri Siti. Kesesuaian itu penting kerana Siti juga akan melalui hari-hari perubahan tentunya mahu segalanya lebih dari sebelumnya. Doakanlah.

SN Mobile Digital yang diwujudkan juga mendapat sambutan yang baik, InsyaAllah akan lebih banyak isi kandungannya nanti kerana Siti sedang menyiapkan album baru. Selepas ini Siti akan menambah lagi kandungan-kandungan baru di dalamnya. Begitu juga yang mahu mengetahui Tanya, Diari dan Rahsia Siti, ramai yang telah melanggan. Siti seronok menjawab soalan yang ditanya. Memang ramai yang menghantarnya dan Siti menjawabnya secara berperingkat, harap anda bersabar.

Bulan ini juga Siti akan terlibat dengan pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik untuk kategori balada dan pop rock. Agak kekok juga kerana lama tidak menyanyi di pentas sebegini. Siti akan berusaha memberikan yang terbaik. Siti akan cuba mencari masa untuk membahagikan antara kesibukan di studio dan juga pertandingan ini. Bagi Siti lagu Bisakah (balada) dan Destinasi Cinta (pop rock) ada kehebatannya yang tersendiri. Kebetulan Siti menggalas tanggungjawab komposer suami isteri iatu Aubrey untuk lagu Bisakah dan ciptaan isterinya pula untuk lagu Destinasi Cinta.

Semoga segala yang berlaku bulan ini memberikan hari yang baik buat kita semua. Di penghujung Syawal kita tetap mendoakan agar terus diberikan keberkatan dalam hidup dan kerjaya.

Salam mesra selalu.
Siti Nurhaliza


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: