Hadiah Daripada Hati



Siti kembali gegar AJL

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap
KEHADIRAN Datin Seri Siti Nurhaliza dalam senarai penyanyi yang berentap di peringkat Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) yang bermula esok, pastinya menjadi bualan peminat muzik tanah air, selepas dua tahun menyepi daripada pertandingan lagu anjuran TV3.

KEHADIRAN Datin Seri Siti Nurhaliza dalam senarai penyanyi yang berentap di peringkat Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) yang bermula esok, pastinya menjadi bualan peminat muzik tanah air, selepas dua tahun menyepi daripada pertandingan lagu anjuran TV3.

Siti yang sering mendominasi AJL sejak 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan, kembali tahun ini dengan mempertaruhkan lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik Tessh RS serta Destinasi Cinta (Lin Li Zen/PSSN).

Senarai 30 lagu yang layak ke peringkat separuh akhir kategori etnik kreatif, balada dan pop rock diumumkan pada sidang media baru-baru ini. Esok bakal menentukan tiga lagu etnik kreatif yang layak ke peringkat akhir AJL22 awal tahun depan, diikuti balada pada 18 November dan pop rock (25 November).

Pengurus Besar, Jabatan Hiburan, Sukan & Rekreasi TV3, Azhar Borhan, berkata keputusan Siti bertanding di AJL22 tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya diputuskannya sendiri bersama syarikat rakaman.

“Ia bukanlah kemasukan semula Siti dalam AJL kerana kami tidak ada kuasa membuat keputusan bagi pihaknya. Memang dulu Siti pernah beritahu dia ingin berehat dari AJL kerana mungkin tidak mahu mendominasi AJL. Pihak kami pula sebaliknya mengalu-alukan pembabitannya dalam AJL.

“Penganjuran AJL tetap meriah dan tidak terjejas walaupun Siti tidak bertanding sebelum ini. Malah, dalam tempoh dua atau tiga tahun sebelum ini, peringkat akhir AJL tetap menjadi program hiburan nombor satu negara dengan mencecah rating 4.3 juta.

“Selaras dengan 22 tahun penganjurannya, peranan kami kini untuk mengekalkan kredibiliti acara hiburan berprestij itu.

“Sebagai contoh, barisan juri dipilih di kalangan mereka yang tidak ada sebarang pengaruh atau kaitan pada lagu yang bertanding. Sebenarnya, banyak elemen perlu diambil kira untuk mengekalkan kredibiliti lagu terbaik,” katanya pada sidang media Muzik-Muzik Separuh Akhir di Eden@ Chulan Square, baru-baru ini.

Katanya, AJL22 bakal menyaksikan 13 lagu terbaik dari tiga kategori, etnik kreatif, balada dan pop rock bersaing dalam acara berprestij pada awal tahun depan.

“Daripada jumlah itu, hanya tiga lagu yang bertanding adalah dari kategori etnik kreatif, manakala sepuluh lagi lagu kategori balada (lima lagu) dan pop rock (lima lagu).

“Kami memutuskan hanya tiga lagu dari kategori etnik kreatif mara ke peringkat akhir kerana kategori itu mendapat pencalonan paling sedikit, tidak sampai 20 peratus.

“Sebenarnya, hanya dua lagu dari kategori etnik kreatif layak ke peringkat akhir AJL22. Malah, tahun ini menyaksikan kemerosotan sangat drastik dari segi jumlah pencalonan bagi kategori etnik kreatif. Tidak mustahil kategori itu tidak wujud lagi pada penganjuran AJL akan datang.

“Apapun, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi peluang kepada lagu etnik kreatif bertanding kerana takut kategori itu hilang begitu saja.

“Justeru, kami tetap memilih tiga dari sepuluh lagu (peringkat separuh akhir Muzik-Muzik) bagi kategori ini untuk bertanding pada peringkat akhir nanti.

“Pada masa sama, kami menambahkan jumlah lagu yang bertanding bagi kategori balada dan pop rock bagi memberi gambaran lebih adil dan seimbang kerana pencalonan tahun ini didominasi lagu dari dua kategori itu,” katanya.

AJL yang menjadi medan komposer dan penulis lirik mempertandingkan karya mereka, bakal menyaksikan saingan hebat daripada komposer muda yang agak asing dengan AJL bersaing dengan komposer terkenal yang sering bertanding di AJL.

Hazami mendominasi kategori etnik kreatif dan balada menerusi lagu Istimewa Tiada Dua (artis Nice & komposer/lirik Hazami) serta Harapan dan Sejuta Nafas Cinta (artis Fazli Zainal/komposer Hazami/lirik Loloq).

Katanya, dia tidak menaruh harapan tinggi pada semua lagu ciptaannya dan lebih suka mengambil sikap low profile’.

“Kalau menaruh harapan terlalu tinggi, saya bimbang jika jatuh nanti sukar untuk bangun semula. Saya berharap sekurang-kurangnya ada lagu saya layak ke peringkat akhir AJL22 nanti.

“Saya selalu memberitahu artis baru bahawa pertandingan seperti ini `showcase’ buat mereka menonjolkan bakat dan mereka perlu fokus pada aspek persembahan. Pertandingan ini juga platform’ buat mereka pergi lebih jauh dalam industri seni.

“Sebagai contoh, artis baru seperti kumpulan Nice dan Fazli. Kalau kita beri peluang dengan didikan, saya percaya mereka boleh jadi nama besar satu hari nanti,” katanya.

Komposer Johan Nawawi yang mempertaruhkan lagu Samudera (Nora) bagi kategori etnik kreatif berkata, dia bersyukur kerana lagu itu layak ke separuh akhir kategori etnik kreatif.

“Sebenarnya ini kali pertama saya buat lagu sebegitu rupa yang juga gabungan konsep Nusantara. Ia juga kali pertama saya bergabung dengan Ahmad Fedtri. Bagi saya dia pelapis dalam penulisan lirik pada masa akan datang.

“Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan menyiapkan lagu itu termasuk proses rakaman. Saya tidak mahu buat lagu secara sambil lewa. Kali pertama buat lagu ini saya sudah nampak Nora boleh bawa dengan baik.

“Maklumlah, Nora lebih dikenali dengan lagu balada sebelum ini. Justeru, lagu ini sesuatu yang lain buatnya. Nora juga memberi kepercayaan seratus peratus pada saya untuk buat lagu ini.

“Gubahan muzik lagu ini dibuat Ahmad Firdaus, gitar (Edry Hashim), Bass (Kelly) dan Mohar (Serunai). Sudah tentu saya berharap lagu ini berjaya ke peringkat akhir,” katanya.

Sementara itu, bintang realiti One In A Million, Faizal Tahir bertuah kerana menyanyikan dua lagu, Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik Mohd Shariza Shamsiri serta Kasih Tercipta (Ajai/Shuhaimi Baba).

Begitu juga pendatang baru, Fazli Zainal menerusi Harapan dan Sejuta Nafas Cinta. Turut layak, Felix, Mawi, Sahri, Nieyl, Diddy, Fiq dan Idayu. Mereka berentap dengan penyanyi berpengalaman seperti Siti, Nora dan Ramlah Ram.

Faizal berkata, dia berasa gugup apabila mendapat tahu dua lagu nyanyiannya layak ke peringkat akhir bagi kategori balada.

“Satu lagu dicalonkanpun saya sudah terkejut, inikan pula dua lagu. Dua lagu ini memberi cabaran besar buat saya kerana pembawaannya berbeza sama sekali. Lagu Mahakarya adalah Rock Ballad dan Kasih Tercipta pula R&B pop.

“Saya harap dapat kekalkan tahap kesihatan supaya boleh fokus pada persembahan di pertandingan peringkat separuh akkhir nanti.

“Kalau ada rezeki, sudah pasti saya menaruh harapan kedua-dua lagu saya ini berjaya ke peringkat akhir,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Misha Omar yang mempertaruhkan lagu Sembunyi yang juga gandingannya bersama Andy Flop Poppy berkata, dia menyedari persaingan sengit dalam kategori pop rock kerana sepuluh lagu yang bertanding ada peluang untuk ke peringkat akhir AJL22.

“Seperti artis lain, saya juga menaruh harapan ke peringkat akhir nanti. Tapi semuanya bergantung pada nasib dan juri profesional yang akan menentukannya.

“Saya juga teruja kerana sudah empat tahun tidak muncul dengan album baru. Saya bersyukur kerana lagu Sembunyi ciptaan Aidit Alfian dan lirik Loloq layak ke peringkat separuh akhir.

“Ini juga percubaan pertama saya menyanyi lagu selain dari balada dalam AJL. Lagu ini sudah lama diperam kerana ia sepatutnya dimuatkan dalam album Aksara.

“Lagu ini juga antara yang susah saya bawa kerana terpaksa rakam berkali-kali untuk dapatkan hasil yang terbaik.

“Lagu Sembunyi mempunyai kekuatan dari segi lirik, melodi dan gubahan muziknya. Bagi saya lagu ini ada pakej lengkap. Gandingan saya dan Andy juga seimbang,” katanya.

Barisan panel juri yang akan menilai peringkat separuh akhir AJL22 ini ialah Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh, penulis lirik Amran Omar bersama tiga komposer, Iman Wan, Khairil Johary Johar dan Edry KRU serta Azhar.

sumber: harian metro online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: