Hadiah Daripada Hati



Hadiah Daripada Hati…


Written by Webmaster
Thursday, 22 November 2007
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Selamat bertemu kembali. Doa Siti agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu. Pejam celik, pejam celik nampaknya gerbang Disember bakal kita lalui. Banyak kenangan tercipta sepanjang tahun ini berlalu dan marilah kita sama-sama berdoa adalah setiap perjalanan hari kita akan terus diberkatiNya.

Minggu lalu Siti sempat beraksi dalam Muzik-Muzik separuh akhir balada dan tentunya mempertaruhkan lagu Bisakah. Kita tahu ramai di kalangan anda yang memberi sokongan kuat, malah datang menyokong dengan berpakaian sedondon, namun Siti berharap agar kita terima dengan hati yang terbuka mengenai kegagalan lagu ini ke Juara Lagu. Siti gembira dan amat terharu kerana peminat amat memahami, siatusi telah berubah di mana kita bersedia menerima semua yang ditakdirkan dengan hati lapang. Siti sendiri gembira melihat reaksi dan maklumbalas yang diterima daripada peminat-peminat yang kebanyakannya begitu positif.

Minggu ini Siti akan berentap dalam kategori pop rock pula menerusi lagu Destinasi Cinta. Seperti minggu lalu, Siti berusaha memberikan yang terbaik untuk setiap lagu dan persembahan Siti. Jika ada rezeki tidak ke mana tetapi jika lagu tersebut gagal ke akhir, masih banyak misi dan visi Siti dalam bidang seni yang perlu diteruskan di hadapan ini.

Sesuatu yang gembira mahu Siti khabarkan kepada anda semua adalah mengenai album baru Siti yang sudahpun ada judulnya iaitu “Hadiah Daripada Hati”. Album ini sudah 80 peratus siap pembikinannya dan akan dipasarkan awal Disember ini. Doakan segalanya berjalan dengan baik dan album ini dapat menambat hati anda. Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara. Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran “Hadiah Daripada Hati”‘ dengan hati yang lapang.

Ramai yang bertanyakan tentang pemergian Siti ke tanah suci, InsyaAllah doakan agar Siti selamat pergi dan pulang. Doa anda semua Siti harapkan agar segala urusan Siti di tanah suci berjalan dengan baik dan lancar. Moga setiap seorang daripada kita akan diberikan kelapangan untuk menjejakkan kaki ke sana dan menemui PenciptaNya.

Salam manis buat anda semua. Wassalam.
Siti Nurhaliza

sumber: sitizone.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: