Hadiah Daripada Hati



Mahligai RM10 juta buat Siti?

Rap
KETIADAAN Datin Seri Siti Nurhaliza bersama barisan penyanyi lain ketika saat penting menantikan keputusan separuh akhir Muzik Muzik 22 kategori Balada Ahad lalu, sudah tentu timbul tanda tanya. Apa sudah jadi dengan Siti kerana sebelum itu tampil hebat mempertaruhkan lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito.

Apabila Bisakah tidak disenaraikan antara lima lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22), ramai terkilan kerana Siti sebelum itu disebut-sebut bakal memeriahkan kembali AJL22 selepas dua tahun tidak bertanding.

Ada bertanya apakah Siti sudah tahu keputusan lebih awal hingga mengambil tindakan pulang awal? Bunyinya sungguh berburuk sangka tetapi hakikat sebenar, ketiadaan Siti kerana dia ada show hingga terpaksa bergegas pulang sebaik selesai menyampaikan lagu itu.

Nyata alasan yang diberikan masih menimbulkan prasangka. Ada teman meluahkan rasa kasihan kerana Siti terpaksa berkejar menerima undangan menyanyi sedangkan dia kini berstatus isteri ahli perniagaan yang disifatkan kaya-raya.

Kata teman itu, ingatkan selepas kahwin keutamaan Siti pada keluarga dan bukan lagi kerja. Banyak juga cerita mengenai Siti selepas kahwin diperkatakan orang. Kata mereka, kalau dulu Siti menyanyi menyara keluarga kini tetap sama.

Itu kata orang, tapi apa yang saya lihat, Siti begitu bahagia dan bertuah kerana dilimpahi kasih sayang dan kemewahan bersama suami tersayang. Mereka tinggal di penthouse mewah di tengah ibu kota (KLCC) dan kini Siti banyak masa bercuti ke luar negara. Awal bulan depan, pasangan bahagia ini berlepas ke Tanah Suci dengan pakej VIP.

Cerita terbaru yang bertiup kencang kini, pastinya membuatkan ramai wanita bergelar isteri yang iri hati kerana Siti dikatakan menerima hadiah istimewa daripada suami sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka Ogos lalu. Siti dihadiahkan mahligai mewah bernilai RM10 juta.

Limpahan kemewahan dan kasih sayang sememangnya menjadi impian semua orang tapi bukan semuanya bertuah seperti Siti. Ada yang dilimpahi kemewahan tapi hidup sunyi begitu juga sebaliknya.

Populariti Siti juga tidak terjejas selepas kahwin. Siti terus jadi pilihan menyanyikan lagu tema filem atau drama bersiri. Cerita Siti dalam akhbar dan majalah juga tidak pernah sepi, begitu juga undangan menjayakan program televisyen dan juga pementasan teater.

Perancangan album baru juga disusun selepas Transkripsi awal tahun lalu. Kali ini sasarannya untuk pasaran Disember tahun ini juga. Ikut perancangan asal, Siti mahu menghasilkan album tradisional tetapi kerana kesukaran mendapatkan lagu, konsep pop sekali lagi jadi pilihan.

Selepas pulang dari Makkah nanti, Siti terus jadi tumpuan apabila sibuk dengan promosi album kemudian muncul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) dan album barunya dicalonkan di Anugerah Industri Muzik (AIM). Kalau tidak cerita kerjaya, cerita melawat orang sakit atau kanak-kanak bertuah, tetap jadi tumpuan.

Apabila bertemu Siti dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan Selasa lalu, semua itu ditanyakan kepada Siti.

Kali ini Siti juga bergegas pulang sebaik selesai mempersembahkan lagu Mulanya Cinta. Kakak ipar Siti, Rozie Abdul Razak memberi sedikit masa kepada wartawan menemubual Siti.

Kata Siti, sebenarnya pada malam Muzik Muzik 22 itu dia ada dua undangan yang tidak dapat dielakkan. Satu majlis kahwin dan satu lagi undangan dari pihak istana.

Sekali lagi Siti mempertaruhkan lagu Destinasi Cinta untuk kategori pop rock. Keputusannya diumumkan malam tadi. Kata Siti untuk pop rock dia juga sibuk hingga ada latihan yang tidak dapat disertai. Tidak tahulah apakah Siti menanti keputusan diumumkan.

Bagi saya, komitmen Siti pada nyanyian kini berbeza tetapi persamaannya tetap sibuk memenuhi undangan menyanyi. Kalau dulu bekerja memenuhi undangan menyanyi hingga tiada masa untuk hal lain tetapi kini lebih kepada undangan hal lain.

Siti pernah mengakui jadual waktunya tetap sibuk memenuhi macam-macam undangan hinggakan pada hujung minggu sampai enam majlis sehari.

Dulu semua itu tidak dapat dipenuhi kerana sibuk bekerja.

Selain Siti, seorang lagi artis bergelar isteri yang terus jadi tumpuan ialah Erra Fazira. Peminatnya akan dapat menyaksikan lakonannya dalam beberapa filem yang dijayakan sebelum berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin kira-kira sebulan lalu.

Apabila Erra tidak hadir di majlis pelancaran filem terbarunya, Cuci pada 16 November lalu, ada mengatakan Erra belum bersedia bersemuka dengan Hans Isaac selepas kontroversi mereka sebelum ini.

Sebelum ini apabila Erra tidak hadir di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) pada 4 Ogos lalu isu sama dibangkitkan tapi alasan Erra dia ada undangan menyanyi. Begitu juga alasan Erra apabila tidak hadir di majlis Cuci kerana ada komitmen lain di Johor dan ia sudah dinyatakan lebih awal.

sumber: harian metro online


Trackbacks & Pingbacks

Comments

  1. * Lisa says:

    CukUP. CUKUP SEMUA TOHMAHAN DI BERI PADA CT. Darah danging CT tetap pada muzik. Tiada Apa boleh pisahkn muzik DGN CT. DAN TOLONG BERHENTI cerita CT terima 10 juta. Kalau setakat duit gitu pun CT boleh Berusaha milikinya bkn terima duit secara percuma. Kasih sayang bknnya dibayar dgn wang ringgit. JUST PLS. STOP IT!!! CERITA Mengarut JGN Di BESARKN.

    | Reply Posted 9 years ago
  2. * tehsusu says:

    malas la nak tau pasal semua bebende tu lagi pun aku kalau time2 gossip siti ni mmg malas sket nak amik tau.. aku tau lagu2die sedap dan sokong career music die

    | Reply Posted 9 years ago


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: