Hadiah Daripada Hati



“Hadiah Daripada Hati” Siti!

29-11-2007 11:26:14 AM
Oleh ZIEMANHASRAT hati tidak mahu menghebohkan pemergian ke tanah suci tapi desakan dari peminat dan kawan-kawan karib membuat Datuk Siti Nurhaliza tidak mampu sembunyikan tarikh pemergian.

“Kalau boleh Siti hendak pergi senyap-senyap saja.” kata Siti. (Foto The Star)

“Ramai yang bertanyakan pemergian Siti ke tanah suci. InsyaAllah doakan agar Siti selamat pergi dan pulang. Doakan segala urusan Siti di tanah suci berjalan dengan baik dan lancar.”Kalau boleh, Siti hendak pergi senyap-senyap saja. Lagipun Siti pergi nak buat ibadah, tak perlu heboh…,” kata penyanyi yang bakal menunaikan rukun Islam yang kelima bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, bonda Siti Salmah Bachik dan abangnya Ayie pada 13 Disember ini.

Tambahnya lagi, “Semoga setiap seorang daripada kita akan diberikan kelapangan untuk menjejakkan kaki ke Mekah.”

Namun, penyanyi yang cukup popular di rantau Asean ini terpaksa melunaskan berbagai perkara terlebih dahulu sebelum berangkat pergi.

Banyak urusan yang perlu dibereskan seperti menjalankan tanggungjawab sebagai Duta Pantene di mana Siti perlu menjayakan program “Mencari Bintang Pantene” selama tiga hari bermula Disember 1 hingga 3 di Jakarta dan Surabaya.

Sekembali dari sana, Siti akan mengambil bahagian dalam Konsert Jom Heboh TV3 pula pada 9 Disember.

Ramai yang sudah maklum pertaruhan Siti dalam lagu kategori etnik berjudul ‘Bisakah’ gagal mara ke peringkat akhir Juara Lagu 2007 sementara sebuah lagi rock genre pop rock dendangannya pula “Destinasi Cinta” berjaya melayakkan diri.

Jika ditanya apa komennya, penyanyi yang semakin matang menjawab soalan sensasi ini hanya tergelak kecil.

“Adat bertanding macam tulah. Hari ini kita menang, besok kita kalah. Siti tahu ada peminat Siti yang hampa tapi apa boleh buat?

“Siti sudah berikan yang terbaik untuk setiap lagu dan persembahan Siti. Jika ada rezeki di Juara Lagu, adalah. Tetapi jika lagu tersebut gagal mendapat tempat, masih banyak lagi misi Siti dalam bidang seni yang perlu diteruskan di hadapan ini. Siti tidak rasa kecewa,” katanya lagi.

Album baru Siti juga khabarnya akan menjengah tidak lama lagi. Album yang dinanti-nantikan oleh peminat setianya sudahpun diberi judul “Hadiah Daripada Hati”.


Album “Hadiah Daripada Hati” akan dipasarkan pada
minggu kedua bulan depan

Menurut Siti, album ini sudah hampir siap pembikinannya dan menurut jangkaan akan dipasarkan pada minggu kedua bulan Disember ini.

“Harap-harap semuanya berjalan lancar dan album ini dapat menambat hati semua. Siti telah berusaha memberikan semampu baik dan terpulanglah kepada semua untuk menilainya nanti,” kata penyanyi bersuara merdu itu lagi.

Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara dan pelbagai rentak lagu dimuatkan dalam album tersebut.

Antara yang terlibat ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Pongky, Cynthia, Taufik, Fahmi dan komposer dari Singapura, Dick Lee yang terlibat secara langsung dalam pementasan teater muzikal “P.Ramlee” di Istana Budaya tempoh hari.

Ini merupakan album solo ke 12 Siti dan tajuk “Hadiah Daripada Hati” sememangnya dipilih oleh Siti sendiri.

“Siti tujukan album ini khas untuk peminat-peminat Siti yang sekian lama menyokong perjuangan seni Siti. Ianya lahir dari dalam hati Siti, sebab itu tajuknya sedemikian,” kata penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

“Ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Harapan Siti, peminat-peminat akan bersedia menerima kehadiran “Hadiah Daripada Hati”‘ dengan hati yang lapang,” jelasnya lagi.

Dua buah single yang sedang hangat dipertaruhkan sekarang ialah Ku Mahu ciptaan Audy Mok dan Melawan Kesepian ciptaan Pongky.

“Hanya ini saja cenderahati untuk peminat setia Siti. Setiap kali Siti buat album baru, kesetiaan peminat yang mengharapkan sesuatu yang istimewa menjadi pembakar semangat untuk berbuat sesuatu yang lain dari yang lain…,” kata Ratu Pop Malaysia yang masih popular ini.

sumber: mStar online


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: