Hadiah Daripada Hati



Soseh-soseh: Peminat harap Siti bertudung


Rap
PENYANYI nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza akan berlepas ke Makkah untuk menunaikan haji pertengahan bulan depan. Sudah tentu perkara yang dinantikan peminat selepas Siti pulang dari Makkah nanti ialah bagaimana agaknya penampilan Siti apabila bergelar hajah.

Sesuai dengan gelaran itu, tentunya Siti akan tampil bertudung. Tambahan pula Siti pernah meluahkan hasratnya untuk bertudung selepas berkahwin. Siti sudah pun berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Memang sesuai benar kalau selepas ini Siti memakai tudung. Menyanyi dengan bertudung juga bukanlah sesuatu yang asing kerana Hetty Koes Endang juga bertudung dan bergelar hajah. Tapi dia tetap menyanyi dan sering jadi pilihan penganjur memenuhi undangan majlis tertentu di sini. Begitu juga dengan Aishah.

Tapi ada juga artis kita yang sudah menunaikan haji masih tidak bertudung. Penyanyi Indonesia, Kris Dayanti juga sudah bergelar hajah tapi tetap menyanyi dan tidak bertudung.

SS difahamkan, Siti sendiri belum memutuskan apakah kembalinya nanti dari Makkah dengan perubahan bertudung. Kata Siti, tengoklah nanti.

Tapi SS rasa Siti akan bertudung selepas pulang dari Makkah nanti. Sebabnya, SS difahamkan kulit album terbaru Siti yang akan dipasarkan beberapa hari sebelum dia berangkat ke Makkah, tidak menunjukkan rambut Siti.

SS difahamkan, hanya wajah Siti dipaparkan manakala rambutnya menggunakan hiasan grafik tapi SS belum melihat gambar pada kulit album itu. Nampaknya SS kena tunggu lagi. Video klip untuk single pertama juga sudah siap tapi SS tidak pasti pula bagaimana konsepnya tapi dengarnya menggunakan konsep sama tidak paparkan keseluruhan wajah Siti.

Difahamkan, album itu akan dilancarkan tiga hari sebelum Siti berangkat ke Makkah. SS dengar album ini memuatkan 13 lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia. Lima daripadanya karya komposer Indonesia.

SS yakin album kali ini mengumpulkan lagu-lagu yang bagus sebagaimana Transkripsi hingga satu demi satu single diputarkan di radio sepanjang tahun, tidak seperti album penyanyi lain hanya satu atau dua lagu. Nampaknya Siti memang suka buat peminat berteka-teki dan selepas sabar menunggu barulah tahu cerita sebenar.

sumber: harian metro online


Trackbacks & Pingbacks

Comments

  1. * Lisa says:

    TAK PAYAH NAK HARAPKN cT PAKAI TUDUNG. HANYA CT SAJA TAHU BILA AKN TIBA CT BERTUDUNG. JGN SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG. ITU HAL PERIBADI CT. JGN SUKA ANDAIKN KULIT ALBUM, ATAU PUN VIDEO KLIPNYA. INGAT, BILA CT PULANG DARI MEKKAH, MAHU PAKAI TUDUNG ATAU TIDAK, ITU DARI HATII CT, DAN INGAT CT TK SUKA DIPAKSA ATAU UGUT. TUNGGUKN SAJA “hADIAH dARIPADA hATI”./ “pRESENT FROM THE HEART”. ( 2007 )

    | Reply Posted 9 years ago
  2. * admin says:

    setuju, itu adalah keputusan siti.

    | Reply Posted 9 years ago


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: