Hadiah Daripada Hati



Salam Maal Hijrah…


Written by Siti Nurhaliza
Friday, 11 January 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Salam Maal Hijarh, moga tahun baru ini akan memberikan kita semua kebaikan dan kebahagiaan yang lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tekadkan diri dan hati agar kita diberkatiNya, diberikan keteguhan iman, dikuatkan semangat, dimurahkan rezeki, diterima segala yang dihajatkan dan beroleh kejayaan sepanjang tahun ini. InsyaAllah.

Hari ini Siti luangkan masa menulis buat anda semua kerana hari ini adalah hari istimewa dalam hidup Siti. Siti ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan ucapan anda semua sempena ulangtahun kelahiran Siti. Siti amat menghargai ingatan anda kepada Siti dan tentunya Siti amat berbahagia memiliki peminat-peminat yang sentiasa prihatin dan menyokong Siti dalam susah dan senang. Siti akui sebagai manusia biasa, Siti juga tidak sempurna, adakala tidak mampu memberikan yang terbaik seperti yang anda hajatkan, ada kehendak atau permintaan anda yang tak dapat Siti tunaikan, ada kemahuan anda yang tak terlaksana, ada pandangan dan kritikan anda yang mungkin anda anggap Siti tidak ambil peduli, segalanya Siti fahami dan akui bahawa Siti hanya insan biasa sahaja.

Terlalu banyak ucapan terima kasih yang mahu Siti rakamkan di sini, terutama atas doa-doa anda semua sempena pemergian Siti mengerjakan haji Disember lalu. Alhamdulillah, Siti berasa gembira kerana telah selamat pergi dan pulang dan telah melaksanakan ibadah yang menjadi kewajipan umat Islam.Kegembiraan dan ketenangan telah Siti perolehi dan hendaknya penampilan Siti sekarang ini juga direstui. Siti akui melakukan perubahan diri perlahan-perlahan sesuai dengan diri Siti dan insyaAllah akan menjadi lebih baik dan sempurna nanti.Bagi Siti perubahan pada diri setiap orang itu yang harus kita sokong, bagaimana cara dia berubah perlu kita dukung, dan jangan pula kita biarkan orang itu rebah hanya kerana kita mahu dia memperlihatkan kesempurnaan yang di luar kemampuan dirinya mungkin.

Selain itu, terima kasih atas sokongan kepada album baru Siti, harap semakin hari semakin anda menyukainya. Transkripsi dulu juga mendapat kritikan juga pada awalnya dan akhirnya semua boleh menerima. Siti harap album baru ini juga akan menyenangkan anda semua. Tentang Anugerah Juara Lagu juga, Siti tahu besar harapan anda dan anda tidak putus-putus memberi sokongan. InsyaAllah Siti akan pikul tanggungjawab ini sebaiknya dan doakanlah yang terbaik buat Siti nanti.

Salam mesra selalu…
Siti Nurhaliza

sumber: sitizone.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: